Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 10:51:40 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 09:27:59 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Bahagian A masyarakat kurang sedar akan hak pengguna  (Read 347 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 236


org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!


« on: April 06, 2011, 10:13:36 PM »

Pelajar D
   Sememangnya, pengguna didefinisikan sebagai individu yang membayar sejumlah wang kepada pihak lain untuk memperoleh sesuatu barangan atau perkhidmatan. Walau bagaimanapun, masyarakat negara kita semakin mengabaikan hak mereka sebagai pengguna kerana kurang faham akan peranan mereka sebagai pengguna bijak. Kes-kes penipuan dan penyelewengan para peniaga terhadap pengguna telah banyak menghias dada akhbar akhir-akhir ini. Tambahan pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut meluahkan rasa kekecewaan terhadap masyarakat kita kerana kurang sedar akan hak kepenggunaan mereka. Setelah punca-punca yang mengakibatkan para pengguna mengabaikan hak kepenggunaan mereka telah diidentifikasikan, langkah-langkah yang drastik lagi pragmatik haruslah diimplementasikan untuk mengupas senario ini ke akar umbinya. Sekiranya masalah ini dibiarkan terus membusung nanah,  para pengguna negara kita akan terus ditipu oleh para peniaga.
   Punca perdana yang menyebabkan masyarakat semakin mengabaikan hak kepenggunaan ialah pengguna kini kurang mengetahui dan mendapat ilmu kepenggunaan. Hal ini berlaku demikian kerana masyarakat kini tidak mendapat pendedahan yang cukup daripada pihak berkuasa tentang hak mereka. Contohnya, walaupun para pengguna telah membeli barangan yang rosak, mereka tidak mahu menuntut ganti rugi daripada penjual. Hal ini berlaku demikian kerana mereka tidak tahu tentang hak mereka untuk menuntut ganti rugi terhadap penjual. Lebih-lebih lagi, masyarakat kini mengamalkan sikap acuh tak acuh dan berasa bahawa prosedur untuk menuntut ganti rugi adalah sangat rumit dan memakan masa yang banyak. Oleh itu, mereka lebih rela ditipu daripada menuntut ganti rugi. Tuntasnya, para pengguna yang langsung tidak mendapat pendidikan kepenggunaan menyebabkan mereka tidak mengetahui hak mereka sebagai pengguna.
   Para pengguna yang tidak mengetahui hak mereka akan bersikap boros dalam perbelanjaan. Mereka akan berbelanja secara keterlaluan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam pembelian barangan kerana mereka tidak ukur baju di badan sendiri apabila berbelanja. Satu contoh yang amat ketara ialah penggunaan kad kredit oleh para pengguna yang melampau. Para pengguna akan menggunakan kad kredit untuk membeli barang kerana tidak perlu membayar secara tunai. Hal ini akan menyebabkan beban hutang para pengguna semakin bertambah dan mereka akan hidup dalam keadaan ‘bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ Perdana Menteri negara kita juga telah mewajibkan para pengguna yang menggunakan kad kredit membayar caj serius perkhidmatan sebanyak RM50. Walau bagaimanapun, penggunaan kad kredit dalam halakah pengguna tetap tidak berkurangan kerana kurangnya ilmu kepenggunaan. Sudah terang lagi bersuluh, kekurangan ilmu kepenggunaan akan menyebabkan masyarakat bersikap boros dan membazir dalam perbelanjaan.
   Langkah drastik yang dapat diimplementasikan untuk membanteras gejala ini ialah para pengguna haruslah bijak merancang perbelanjaan harian mereka selari dengan pendapatan yang diperoleh. Perbelanjaan bulanan harus disediakan oleh setiap pengguna supaya tidak membeli baranga yang tidak diingini dan bermutu. Contohnya, belanjawan haruslah disediakan sebelum pergi membeli-belah di pusat beli belah yang menganjurkan jualan hebat. Dengan itu, para pengguna hanya akan membeli barangan yang diingini dan tidak akan membazir wang membeli barangan lain. Sikap ‘cermat sebelum kena, jimat sebelum habis’ dapat dipupuk dalam halakah pengguna. Para pengguna turut tidak akan mudah diperdaya dan dieksploitasi oleh para peniaga. Izharnya, perancangan perbelanjaan dapat membantu masyarakat negara kita untuk menjadi pengguna yang bijaksana.
   Secara keseluruhannya, ilmu kepenggunaan haruslah diberi kepada para pengguna. Segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan menggembleng kudrat untuk menjayakan usaha ini. Dengan ini, para pengguna akan sedar akan hak mereka dan tidak mudah dieksploitasi oleh para peniaga. Tambahan pula, kuasa membeli oleh pengguna juga akan berada pada tahap yang tinggi kerana tidak mempunyai beban hutang yang melampau. Dengan itu, ekonomi negara kita dapat berkembang dengan pesat dan negarakita akan menjadi maju. Impian negara kita untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan Wawasan 2020 turut dapat direalisasikan. Dengan itu, nama negara kita akan menjadi gah di persada dunia dan dapat ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara gergasi lain di dunia.
Logged

Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Jaafar Bin Zaini
SK St. Patrick
Teacher
Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 241



« Reply #1 on: April 07, 2011, 06:03:20 AM »

Thanks cikgu.
Logged

Hj. Ja'afar bin Hj. Zaini
Penolong Kanan
SK St. Patrick, Mukah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.15 seconds with 27 queries.