Ng Ai Fen
SMK Wira Penrissen
Teacher
Senior Member
Fame: 4
Offline
Gender: 
Posts: 236
org malas mencari alasan org rajin penyelesaian!
|
 |
« on: April 06, 2011, 11:00:49 PM » |
|
Puisi Tradisional (Syair Definisi Orang Berakal) Maksud Rangkap 1 Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian.
Rangkap 2 Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan.
Rangkap 3 Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka.
Rangkap 4 Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.
Rangkap 5 Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan.
Rangkap 6 Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat.
Rangkap 7: Orang yang berakal tidak bosan mengejar ilmu dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya.
Tema Ciri-ciri orang yang berakal. Persoalan 1. Persoalan ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1) 2. Persoalan kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2) 3. Persoalan keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4) 4. Persoalan kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4) 5. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)
Bentuk 1. Terdiri daripada tujuh rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5. • Tiadalah ia melanja-lanja (3 perkataan) • Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat (5 perkataan) 4. Terdiri daripada sembilan hingga tiga belas suku kata. • Jika ia dikasihi raja (9 suku kata) • Sangatlah mengasihi orang yang jahat (11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa 6. Syair ini ialah puisi terikat.
gaya Bahasa 1. Asonansi - Menjadi kepala bela bermacam - pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Menjauhkan tamak hendak tawakal - pengulangan konsonan k 3. Sinkope – Ibanya tahu dunia tak kekal 4. Anafora - Tiadalah ia melanja-lanja
Tiadalah menyombong pada bekerja 5. Penggunaan kata klasik - tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu
Nilai 1. Nilai kebijaksanaan.
Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia. 2. Nilai kasih sayang
Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. 3. Nilai ketaatan.
Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. 4. Nilai kerajinan.
Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Pengajaran 1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia. 2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh. 3. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur. 4. Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.
Latihan pengukuhan Perbincangan Syair orang Berakal. (pilih jawapan yang paling tepat)
1.Pada pendapat anda, mengapakah seseorang perlu berakal dalam kehidupan mereka? (3m) seseorang tidak mudah ditipu oleh orang lain. seseorang lebih pandai daripada orang lain. seseorang orang lebih hebat dan berupaya menguasai segala-galanya. seseorang dipandang mulia. seseorang dapat menilai sesuatu sama ada baik atau buruk.
2.Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu tidak berakal dalam kehidupan mereka? (3m) seseorang itu dianggap bodoh. seseorang itu akan ketinggalan dalam hidup. seseorang akan ditindas oleh orang lain. seseorang akan mudah ditipu oleh orang lain. seseorang tidak dapat berfikiran secara rasional semasa membuat keputusan.
3.Bagaimanakah anda menjadi seorang yang berakal dalam kehidupan? (3m) saya akan sentiasa memuji diri seorang yang berakal. saya akan melengkapkan diri dengan ilmu. saya akan mengambil kejadian yang berlaku di persekitaran sebagai pengajaran. saya akan meminta nasihat daripada tokoh-tokoh yang berjaya dalam hidup mereka. saya hanya mempelajari daripada mereka yang pandai dan hebat.
KOLEKSI SOALAN PUISI INI
SET A
i. Huraikan maksud rangkap pertama. 2m
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kehidupan bagi orang yang tidak berilmu? 3m
iii. Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. 4m
SKEMA
i. …orang yang pandai sama taraf dengan para ulama dan ahli agama kerana mereka dapat membimbing manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup.
ii. …dipandang rendah oleh masyarakat …sentiasa hidup dalam kemiskinan dan kesusahan …ketinggalan zaman kerana serba-serbi tidak tahu …tidak disukai Allah kerana Allah tidak suka hamba-Nya pemalas
iii. …kita hendaklah membantu orang yang teraniaya untuk menegakkan keadilan …kita hendaklah berkawan dengan orang yang berbudi pekerti mulia supaya kita tidak terikut-ikut dengan perangai baik mereka …Kita hendaklah patuh perintah Tuhan supaya mendapat balasan yang baik pada kemudian hari …Kita hendaklah merendah diri supaya dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja …Kita hendaklah gigih menuntut ilmu dan pandai memilih bahan bacaan agar dapat digunakan ke arah kebaikan.
SET B
Nyatakan tiga sifat orang yang berakal. 3m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah orang yang berakal akan sentiasa disanjung tinggi? 3m
iii. Jelaskan nilai murni yang terdapat dalam syair ini. 3m
SKEMA
i. …menentang kekejaman …dapat menyelesaikan masalah yang banyak …sentiasa mematuhi perintah Tuhan
ii. …kerana bakat dan kebolehan mereka tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun. …kerana mereka menjadi tempat rujukan bagi seseorang yang mempunyai masalah …kerana mereka boleh dijadikan contoh yang terbaik
iii. …bijaksana…penting untuk menyelesaikan masalah …kasih sayang…penting bagi mereka yang berakal …rajin…sentiasa rajin menuntut ilmu
SET C
i. Berdasarkan rangkap 5, apakah tingkah laku yang baik bagi seseorang pekerja? 2m
ii. Berdasarkan syair di atas, kemukakan empat ciri orang berakal. 4m
iii. Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. 3m
SKEMA
i. tidak mengada-ngada walaupun disayangi oleh majikan…tidak sombong dengan rakan-rakan di tempat kerja
ii. …dimuliakan dalam masyarakat…berkawan dengan orang yang baik dan menjauhkan diri daripada orang yang jahat…taat perintah Tuhan…rajin belajar.
iii. semangat bermasyarakat. cth; kesediaan untuk membuat kerja-kerja kebajikan untuk kepentingan bersama…taat . cth; patuh perintah Tuhan dengan tidak bersikap tamak dan tidak mengambil hak orang lain…kesederhanaan. cth; tidak mengada-ngada atau bertindak luar batasan…rajin. cth: tekun belajar untuk menambah ilmu.
|