Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 11:00:40 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 10:51:56 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Ibu Tunggal  (Read 415 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Andy Sunny
JPA, Sabah
Engkabangian
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 63



« on: April 22, 2011, 09:04:13 AM »

Ringkasan Artikel


Keluarga Ibu Tunggal : Senario Dan Dasar Sosial Mengenainya oleh Sufean Hussain dan Jamaluddin Tubah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.


Keluarga merupakan penentu utama apa jenis warga masyarakat dan apa taraf tamadun yang akan dibina. Secara amnya dalam masyarakat, keluarga terbina dengan perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Keluarga ibu tunggal adalah keluarga yang dipimpin, disara dan dikendalikan oleh seorang wanita yang ditinggalkan oleh pasangan, atau isteri yang telah diceraikan oleh suaminya, atau balu yang telah kematian suaminya. Di barat, remaja perempuan yang mempunyai anak dan telah ditinggalkan oleh teman lelaki juga disebut ibu tunggal.
Punca utama yang mewujudkan ibu tunggal adalah penceraian. Kesan perceraian di kalangan pasangan biasanya tidak tamat begitu sahaja. Ini lebih-lebih lagi jika melibatkan anak-anak yang biasanya lebih suka hidup bersama ibu disebabkan keakraban emosi dari sejak lahir. Bilangan anak menentukan sejauh mana berat beban yang ditanggung ibu tunggal, di mana lagi ramai anak lagi berat tanggungan dan lebih payah bagi ibu tunggal itu menguruskan keluarganya.Bukan itu saja, taraf pendapatan juga berkait rapat dengan beban tanggungan kerana semakin rendah pendapatan ibu tunggal lagi berat tanggungan dan semakin lemah tahap pengurusan keluarga terutamanya di kawasan bandar dengan kos hidup yang tinggi.
Dalam kebanyakan kes di negara ini, bekas suami yang berkahwin lain mudah lupa dan berhenti menyara anak-anak daripada perkahwinan terdahulu dan ini memeritkan hidup keluarga ibu tunggal. Lebih memburukkan lagi kehidupan ibu tunggal adalah golongan tersebut lazimnya dihimpit dengan stigma negatif yang sukar untuk dihakis. Masyarakat sering mempunyai pandangan bahawa keluarga ibu tunggal atau keluarga yang disara atau dipimpin oleh janda ialah keluarga pincang dalam banyak hal.
Selain itu, ibu tunggal yang bertaraf janda dianggap suka memikat teruna dan suami orang, justeru mereka sering jadi sasaran cemuhan dan sentiasa menjadi perhatian, manakala anak-anak menjadi bahan umpatan. Anak-anak janda di ejek sebagai anak tidak berbapa atau anak bermasalah atau tidak berdisiplin. Bukan setakat itu saja, janda yang keluar bekerja dituduh oleh masyarakat sebagai mengabai anak-anak atau lebih teruk lagi dianggap orang yang suka berseronok saja.
Masyarakat harus mengikis tanggapan negatif tentang ibu tunggal kerana ianya tidak memberi apa-apa faedah dan hanya menyakitkan hati dan menghina ibu tunggal. Kita harus membantu dengan ikhlas jika betul-betul hendak membantu ibu tunggal. Maka semua pihak harus bekerjasama untuk menangani isu ibu tunggal ini demi masa depan masyarakat dan negara.
Logged

Andy Sunny (Jabatan perkhidmatan awam negeri sabah)
Rodziah
SMK Methodist, Sibu
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 48


Berusaha Menyampaikan Ilmu


« Reply #1 on: May 01, 2011, 08:21:19 PM »

TQ atas maklumat yang dipaparkan sebagai perkongsian bersama.

Terdapat juga ibu tunggal yang mempunyai semangat yang kental dan tidak mengharapkan orang lain telah berjaya dalam kehidupan mereka. Anak-anak mereka juga berjaya dalam pelajaran...Saya sangat kagum..
Logged

Rodziah
SMK Methodist
Jalan Tun Abg. Hj Openg.
96000, Sibu
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.11 seconds with 26 queries.