Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 11:04:33 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 10:51:56 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: UJIAN PRA UPSR 2008 SERAGAM PERINGKAT NEGERI SARAWAK ?  (Read 6011 times)
0 Members and 3 Guests are viewing this topic.
Yii Ah Leh
SMK Tarat
Teacher
Novice Member
*

Fame: 9
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 35



« on: June 05, 2008, 12:51:00 AM »

KS / Pegawai-pegawai SPA_JPNS,

Kita memang sedia maklum bahawa Sarawak senantiasa berada di tangga kedua terbawah dalam pencapaian UPSR semenjak dari dulu lagi walaupun banyak usaha telah dilakukan setakat ini di peringkat JPN , PPG , PPDK mahu pun di peringkat sekolah. Namun , kita masih tidak pernah berganjak daripada labelan negeri di atas bayu. Banyak yang kita boleh belajar dan aplikasikan di negeri kita yang mana telah terbukti berjaya seperti yang dilakukan di negeri Terengganu. Contohnya, UJian Percubaan UPSR. Saya mencadangkan supaya pihak SPA mengambil inisiatif untuk menyediakan Kertas Percubaan UPSR Seragam untuk semua bahagian sebagai langkah pengesanan awal dan seterusnya mengambil tindakan susulan. Kalau boleh sediakan juga Soalan Ujian Bulanan sekali daripada Tahun 1 - 6 berdasarkan kepada topik / HSP yang telah ditetapkan. Saya percaya melalui langkah-langkah ini pihak SPA/PPG/PPDK dapat mengesan tahap pencapaian awal murid-murid di Sarawak dan seterusnya membuat tindakan susulan selain daripada program intervensi yang telah dijalankan oleh pihak PPK/KPM.  Untuk makluman awal, daerah Simunjan akan melaksanakan program ini mulai tahun hadapan (2009) sebagai program rintis kita setelah mengambil kira pelbagai beban dan permasalahan diperingkat sekolah.
Logged

SMK Tarat
Hajijah bt Hj Dollah
PPD Baram

Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 57



« Reply #1 on: June 05, 2008, 06:59:44 PM »

Setuju sangat dengan cadangan tu....lebih banyak latihan...lebih baik hasilnya. Selain dari peringkat negeri, PPG dan PPDK juga ada menyediakan soalan yang seragam. Kat sekolah pun ada juga ujian-ujian ala-ala UPSR dijalankan. Macam ni baru ada umph....
Let's do it for our state.
Logged

Hajijah Bt Hj Dollah
Pejabat Pelajaran Daerah Baram
Maslan Bin Jemat
SMK Kota Samarahan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 44



« Reply #2 on: June 05, 2008, 10:32:26 PM »

Saya sokong 100%
Logged

Maslan Bin Jemat
SMK Kota Samarahan
Zulkarnain Farihin Mustakim
SMK Sacred Heart Sibu
Teacher
Master Member
*

Fame: 119
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1352



« Reply #3 on: June 05, 2008, 11:09:38 PM »

Cadangan ini baik. Cuma saya mencadangkan diwujudkan panel pengubal soalan yang standard dan berkualiti. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini pendapat saya sahaja.
Logged

Zulkarnain Farihin Mustakim @ Philip anak Seli
SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak
Hamisah Waini
SK Ng Kua Selangau
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 41



« Reply #4 on: June 06, 2008, 08:19:53 AM »

Sangat bersetuju
Logged

Hamisah Waini
SK Bandaran Sibu No. 3
Sabang B Chek
SK Abang Kadir Gedong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 205



« Reply #5 on: June 06, 2008, 08:59:01 AM »

KS / Pegawai-pegawai SPA_JPNS,

Kita memang sedia maklum bahawa Sarawak senantiasa berada di tangga kedua terbawah dalam pencapaian UPSR.Saya mencadangkan supaya pihak SPA mengambil inisiatif untuk menyediakan Kertas Percubaan UPSR Seragam .

Pihak JPN esp. SPA, tanpa ada rasa waswas wajar memberi perhatian atas cadangan ini. Tentang jawatankuasa penggubal, manfaatkanlah guru-guru sumber, guru pakar, ju2 dan kalangan guru berpengalaman dalam penyemakan kertas ujian.
Terima kasih.
Logged

GURU AKADEMIK BIASA
YBA8305 SK ABANG KADIR GEDONG, SIMUNJAN
Jerome Harry
PPD Sibu

Senior Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 407



« Reply #6 on: June 06, 2008, 09:03:41 AM »

Hai,

Satu ide yang baik. Tetapi perlu direnung semula. Kita lihat tujuan UPSR. Mengapa ada peperiksaan awam? Mengapa ada peperiksaan berasaskan sekolah? Sebenarnya cerita ini senang sahaja. Kita balik kepada akar umbi. Siapa yang menanam biji benih itu. Siapa yang menjaga pertumbuhan biji benih itu. Adakah ianya dijaga dengan baik? Apabila cukup masa, adakah ianya boleh dituai? Adakah hasil tuaian itu baik atau sebaliknya?

Saya amat percaya , setiap sekolah banyak mengadakan/melaksanakan program untuk meningkatkan prestasi samada untuk Pengajaran atau Pembelajaran pelajar. Tetapi adakah kita ini hanya sekadar melaksanakan program tanpa menilai impaknya.

Contohnya : KEMPEN "TAK NAK" kepada perokok.

Papan tanda di pasang di setiap tempat strategik. Poster diedar ke sekolah-sekolah dan dipamer di tempat strategik. Perbelanjaan Pelaksanaan amat besar , modus operandi pelaksanaan lancar , tetapi impaknya macamana?? Apa kesudahannya.??

Untuk menangani semua ini, sila hayati PROGRAM MaCS. Jika Program MaCS dilaksanakan dan dijalankan dengan baik dan berkesan disekolah , gerenti pencapaian meningkat. Sekolah pun turut cemerlang.

Hanya untuk renungan....

Logged

Jerome Harry
Penyelia,
Sains,Matematik, Teknik/Vokasional
Unit Pengurusan Akademik
Pejabat Pelajaran Daerah Sibu.
Wan Nurhaslinda
SK Sg Bawang
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 38



« Reply #7 on: June 06, 2008, 09:26:59 AM »

Ya, saya sangat setuju. Untuk melaksanakan ini memerlukan kerjsama dan usaha bersungguh-sungguh semua pihak. Saya berasal dari Terengganu dan bertugas di Sarawak, dan saya blh lihat memang ketara perbezaan cara pendekatan JPNT memperlengkapkan murid untuk menghadapi peperiksaan dengan yang dilaksanakan di sini. Oleh itu, saya faham mengapa seringkali Terengganu menjadi negeri terbaik pencapaian UPSR. Saya mengambil kesempatan balik kg cuti kali ini untuk mengambil set-set soalan ujian yang dihasilkan oleh JPNT untuk diuji kepada murid-murid di sekolah saya. Dengan kemudahan ICT kini mudah bagi kita untuk bertukar-tukar set soalan dengan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia asalkan ada keinginan dan kesungguhan!
Logged

Wan Nurhaslinda
SK Sg Bawang
Selangau
Richard Chieng
SK Perbandaran Sibu No.4
Teacher
Junior Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 76



« Reply #8 on: June 06, 2008, 09:41:02 AM »

Cikgu Wan Nurhaslinda...

Dapatlah share share soalan dgn kami org kat engkabang ini. I ajar BI Year 6...i nampak paper BI selalu jadi killer subjek di kebanyakan bahagian negeri Sarawak...Just take my school for example...last year kena SPR just because of BI...so....i harap sangat pihak JPNS atau mana mana yang berkaitan wujudkanlah satu panel penggubal kat Sarawak..supaya kita pun akan mencapai lonjakan saujana....Smiley
Logged

Richard
SK Perbandaran Sibu No.4, Sibu
Awangku Merali
Moderator
Full Member
*

Fame: 23
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 116


Knowledge w/out integrity is dangerous & dreadful.


« Reply #9 on: June 06, 2008, 10:42:02 AM »

KS / Pegawai-pegawai SPA_JPNS,
 Saya mencadangkan supaya pihak SPA mengambil inisiatif untuk menyediakan Kertas Percubaan UPSR Seragam untuk semua bahagian sebagai langkah pengesanan awal dan seterusnya mengambil tindakan susulan.

Terima kasih atas cadangan tersebut. Satu cadangan yang bagus tetapi tidak semestinya praktis. Ini bukanlah perkara baru. Perkara ini pernah dilaksanakan JPN beberapa tahun sebelum ini tetapi tidak diterima baik, maka terpaksa dihentikan kerana pandangan dari bawah ialah TERLALU BANYAK PEPERIKSAAN! Jadi, cukuplah ujian dan peperiksaan seperti yang dirancang oleh sekolah.

Yang praktisnya, biarlah Bahagian masing-masing yang laksanakan peranan ini. Waktu saya PPG Samarahan dulu, PPG Samarahan yang adakan, dan tak perlu tunggu inisiatif SPA lagi. Cerdik pandai P&P berada di sekolah, bukan di SPA lagi. Guru lebih tahu prestasi murid mereka, dan bagaimana hendak mengambil tindakan pemulihan atau pengayaan yang seterusnya. Janganlah sentiasa mahu disuap dengan sudu emas kerana dalam profesionalisme, ada nilai harga diri jika perkara yang sudah mantap dibuat sendiri oleh guru. Ini disebut  sebagai 'dole mentality'.

Biarlah SPA melaksanakan agenda negeri dan negara yang lebih mendesak dan masih perlukan perhatian. Perihal ujian dan penilaian ini memang penting, dan merupakan sebahagian daripada elemen Pendidikan. Satu hal lagi: Peperiksaan dilaksanakan oleh SPA? Nampak seperti menceroboh daerah orang lain.

Penilaian dan peperiksaan merupakan aktiviti yang sudah mantap. Jika prestasi pelajar masih belum memuaskan, anggap ini satu cabaran profesionalisme guru. Bersilatlah dengan ilmu dan kemahiran yang sudah dipelajari. Guru sudah diberi banyak latihan dalam perkara ini. Martabat profesion pun sudah ditingkatkan. SPA banyak menelurkan inisiatif, jika disebut seperti nak angkat bakul sendiri. Contoh: atas inisiatif SPAlah maka engkabang.net ini dibina walaupun 5 tahun lalu idea ini tidak diterima. Tujuan? Supaya guru dapat berkongsi dalam hal P&P, termasuklah bertukar-tukar kertas ujian atas usaha sendiri, bertanya dan belajar daripada rakan-rakan lewat forum ini. Kita rasa ini lebih praktis, sejajar dengan tuntutan era semasa, bukan langkah ke belakang. Sekarang dituntut pula inisiatif guru untuk memajukan forum ini kerana ruang ini milik anda!

Saya percaya, selagi seseorang manusia itu sentiasa mengharapkan ihsan dan tindakan orang lain dulu sebelum bertindak, dia tidak akan matang dan berkembang. Kata Einstein, dunia bukan dirosakkan oleh penjahat-penjahat, tetapi ialah oleh mereka yang  sekadar melihat dan tidak bertindak terhadap perbuatan jahat ini. Jika saya gunakan analogi ini: Prestasi sekolah tidak meningkat bukan disebabkan murid/pelajar yang negatif tetapi adalah disebabkan oleh mereka yang sekadar melihat dan kurang bertindak terhadap kenegatifan ini.

Ini tidak bermakna pandangan saya betul, akan tetapi tidak juga salah. Kata Edward deBono, yang ada hanyalah daerah kelabu, "grey area".

Salam.
Logged

Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Sarawak
Tingkat 4-5, Bangunan R.T.M
Jalan P. Ramlee
93614 Kuching, Sarawak
Tel: 082-421560  Faks: 082-414599
Jerome Harry
PPD Sibu

Senior Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 407



« Reply #10 on: June 06, 2008, 11:30:26 AM »



Salam Sejahtera,

Saya amat setuju dengan komentar oleh Ketua Sektor SPA. Be proaktif. Seperti sekarang , jangan mengharapkan subsidi. Tanpa subsidi tak dapat hidup dan buat. Saya amat setuju dengan 'sentiasa mahu  disuap dengan sudu emas'.

Untuk Cikgu Wan dari SK Bawang Assan, bolehlah guna pengalaman cikgu untuk membantu sekolah cikgu.

I do believe that the scenario in schools are doing teaching not learning. How do we know that there's a learning process in your teaching? How do we identify? It is much depend on individuals whether all the theories are being practised....

Always ask;
   What to teach..........
   How to teach...........
   When to teach..........   Students Learning?HuhHuh
   Why my teaching ......
   Next .......................

Just ask ourselves, Why are we worried about the examination? Is it because we have not done enough ?

The losers always find fault , the winners always strive to win.

What if there are no exams at all until we pursue the Phd....?

Saya suka tengok acara sukan badminton negara. Juru ulas pun No.1 negara. Yang baru-baru ini Thomas Cup , sebelum pemain masuk gelanggang , bunyi sudah menang , bila masa bermain banyak yang tak betul , bila kalah ? Adakah kita selalu begini ; ALASAN SELEPAS KALAH ; kenapa tidak ; ALASAN SEBELUM KALAH....

Hanya Renungan........
Logged
Habsah Ibrahim

Ultimate Member
*

Fame: 286
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5769


Kuching


« Reply #11 on: June 06, 2008, 12:05:29 PM »

Quiet an interesting topic.... I was motivated. Thanks a lot to our KS and En. Jerome for your brilliant ideas and comments and thanks also to those who have contributed to this discussions.

I agreed with KS statement : "Cerdik pandai P&P berada di sekolah, bukan di SPA lagi. Guru lebih tahu prestasi murid mereka, dan bagaimana hendak mengambil tindakan pemulihan atau pengayaan yang seterusnya." ... up to our leaders and his/her subordinates to work out the solutions and implement it at our school level.
Logged
Yii Ah Leh
SMK Tarat
Teacher
Novice Member
*

Fame: 9
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 35



« Reply #12 on: June 06, 2008, 05:03:28 PM »

Terima kasih kepada semua komen, cadangan dan pandangan semua forumer berkaitan dengan topik di atas terutama sekali kepada Ketua Sektor SPA . Tujuan utama cadangan ini juga sebenarnya hasil daripada pandangan guru-guru kita yang pernah mengajar di negeri-negeri di semenanjung terutama sekali di Terengganu supaya guru-guru kita lebih fokus kepada p&p dalam kelas berdasarkan kepada topik-topik yang telah ditentukan.  Seperti kata sdr Jerome maybe what happening in schools is more on teaching and not learning. Kalau kita bercakap sahaja macam itu sudah tentu tidak adil kepada golongan guru-guru yang betul-betul berdedikasi , bertanggungjawab , dan amanah terhadap profession mereka. Oleh sebab itu, untuk memastikan guru-guru kita benar-benar telah melaksanakan tanggungjawab p&p dengan baik dan berkesan adalah melalui penilaian yang seragam. Dengan demikian kita boleh memantau keseluruhan p&p di negeri Sarawak secara tidak langsung .Kita bukan hendak spoon feed mereka tetapi meringankan beban mereka sedikit sebab kalau hendak membina ujian yang standard dan ada kebolehpercayaan yang tinggi memerlukan masa dan kepakaran terutama sekali di peringkat sekolah. Yang lebih menjadi kekhuatiran saya ialah sekolah-sekolah SKM.  Kalau kita merujuk kepada pekeliling tentang sebahagian peranan dan tugas utama guru adalah dengan mengadakan ujian bulanan dan penilaian. Memang satu jawatankuasa JSU , penggubal soalan dan penyemak diperlukan untuk memastikan Kertas soalan tersebut adalah standard. Persoalan tentang samada peperiksaan / ujian ini di bawah SPA atau Sektor Peperiksaan dan Penilaian , saya kurang arif pula. Saya masih ingat semasa Kursus Peningkatan Professionalisme Pegawai Kurikulum di Bintulu tempoh hari di mana Ketua Sektor SPA juga ada menyebut tentang perkara tersebut . Bagi kita di peringkat PPDK , segala yang berkaitan dengan Ujian di bawah tanggungjawab Unit Kurikulum kerana kita terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses p&p dan pemantauan di peringkat sekolah. Sila rujuk juga komen-komen tentang peranan kita di PPDK di laman blog nutp yang menjadi isu hangat.

http://nutpkini.blogspot.com

Walau apapun , ini cuma cadangan tetapi di peringkat daerah kita akan tetap kita laksanakan.                   
Logged
Sabang B Chek
SK Abang Kadir Gedong
Teacher
Senior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 205



« Reply #13 on: June 07, 2008, 11:38:12 PM »

Walau apapun , ini cuma cadangan tetapi di peringkat daerah kita akan tetap kita laksanakan.                   


Kita yakin dan percaya semua warga pendidik di Daerah Simunjan berganding bahu dengan usaha murni PPDK (esp. Unit Kurikulum). Kita mantapkan dan jayakan program ReADY.
Usaha Itu Kejayaan.

Logged
Sylvastine
SK Jebungan
Teacher
Novice Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 43


To conquer fear is the beginning of wisdom


WWW
« Reply #14 on: June 08, 2008, 10:10:30 AM »

Wow!  Wink Grin Shocked Roll Eyes Tongue Embarrassed
Idea yang amat baik dan harus dilaksanakan segera seperti perlaksanaan kenaikan harga baru minyak. Jangan bertangguh. Grin. Jika dilaksanakan dengan baik dan berterusan, merupakan satu program yang dpt meningkatkan pencpaian S'wak. Tapi jangan hangat2 ......tstlah Huh. Kebanyakan program yang dirancang begitu baik selalunya mati setengah jalan. Selamat Maju Jaya and God Bless! Cool
Logged

Sylvastine Gelau
SK. Kampung Jebungan, Mukah
The best education in the world is that got by struggling to get a living... Wendell Philips
Yii Ah Leh
SMK Tarat
Teacher
Novice Member
*

Fame: 9
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 35



« Reply #15 on: June 08, 2008, 10:27:22 PM »

Hanya ingin memberikan sedikit input lagi berkaitan dengan cadangan ini. JPNS telah ada program MaCs yang sememangnya kalau betul-betul dilaksanakan dengan berkesan pasti akan membuahkan hasil yang diharap-harapkan(Itupun kalau bukan hanya just beautiful on paper.) Malah salah satu komponen yang amat penting dalam MaCs khusus untuk meningkatkan dan memantau pencapaian akademik sekolah ialah Sistem Headcount. Walaupun sistem headcount ini lebih bersifat localise tetapi saya merasakan salah satu lagi mekanisma penting (missing link) untuk mengukuhkan MaCs dari awal lagi ialah melalui penilaian seragam . Pada pandangan saya barulah kita akan lihat impak sebenar MaCs dan tidak seperti sekarang ( bersifat localise ). Sekiranya ianya dapat dilaksanakan , ia tidak langsung mengganggu p&p atau kreativiti di sekolah mahupun sekolah-sekolah yang sememangnya sudah mantap malah terus dimantapkan lagi.

MaCs ---------> Akademik ---------> Mekanisme ( Seragam # localise ) ----> SHC       


 
Logged
Jerome Harry
PPD Sibu

Senior Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 407



« Reply #16 on: June 09, 2008, 08:07:24 AM »


Hai Salam Sejahtera,

Saya amat suka bersembang tentang bagaimana nak meningkatkan mutu pendidikan terutama untuk bahagian dan negeri kita khasnya.

Sememangnya penilaian adalah satu 'benchmark' supaya kita mengetahui di mana letaknya/kedudukan tahap pengajaran dan pembelajaran kita. Kita pun tahu bahawa kita mempunyai ramai guru yang berkaliber dan berkomited terhadap tugasnya. Kecemerlangan ini dapat kita lihat melalui penilaian awam UPSR,PMR,SPM,STPM.

Dalam penilaian ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. apa yang kita nak lihat ialah 'the validity' dan ' the reliability' dalam menyediakan dan pengendalian ujian. Yang penting di sini 'apakah tujuan penilaian ini'.

Hanya sekadar renungan....



Logged
Dylen De
SK Bintulu
Teacher
Hero Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2202


is in the games


« Reply #17 on: June 09, 2008, 02:00:57 PM »

Thanks En Jerome...
I think the answer is just around the corner..
We can have the same paper for the pupils around the state..
Then compare the results... to dig the fault of some causing cases to appear, its like whatever it is..
Through this we can have all the teachers gathering here and get some informations from the results..its just like a one big school under a separate roof..its become a big community of teachers to handle jobs..
You can imagine the result that we can have...
Then no more macs Grin
The truth between the unedifying honesty to seek for the answer...its better than bordering people to have more work on their head..
Its better to keep each other smile with cheer..     
Logged

Dylen Dedo
SK Sg Duan Mukah
Jerome Harry
PPD Sibu

Senior Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 407



« Reply #18 on: June 09, 2008, 05:45:12 PM »

Hai ,

Well, without MaCS , what happen? I have supervised closely 24 schools last year and it proved that through this programme the schools are more focus in implementing their strategies to achieve the goals..... Others too , had the same experience. Well , our target is make teachers know what is weakness and then do immediate remedies...... coz we are all having the same curriculum    ( syllabus) throughout Malaysia.

Logged
Dylen De
SK Bintulu
Teacher
Hero Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2202


is in the games


« Reply #19 on: June 09, 2008, 10:10:48 PM »

Its might be true...
But they will  constructing the deference strategies for every faults...to suit the need of success for their schools, this was done even without macs..I'm really truly sorry to have a doubt about it..
From what I have seen most of the teachers went to complete the programe and spent most of their time banging their head in other to complete the files its seem like 20 out of 10 minutes.. I didn't mean it was a waste but considering if it does works its better be a simple way to manage it right....I'm sorry this was just my opinion and none are necessarily be accepted..
Its better to tackle it in an easy and understandable way than a complicated procedure..

and about having the same trial test for the state Primary school achievement examination, i thinks its a good  idea after all...it can be a useful tools to measure the schools achievements all around Sarawak..

I didn't meant any negative perception here, its  just an idea from a simple teacher like me..
please accept my apology.

Thanks       
« Last Edit: June 09, 2008, 10:43:38 PM by Dylen De » Logged
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.139 seconds with 27 queries.