Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 11:15:58 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 10:51:56 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Mesyuarat Agung Tahunan Ke-8 STU Bahagian Sri Aman  (Read 589 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Goh Kaw Sze
PPG Sri Aman
Moderator
Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 193



« on: June 15, 2011, 04:13:07 PM »

Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada jam 1430, 18 Jun 2011 (Sabtu) bertempat di Hotel Hoover, Sri Aman.

Sdr William Gani Bina, Presiden STU dijangka hadir.

Semua ahli dipelawa hadir menunaikan tanggungjawab sebagai ahli.

Sekian.
Logged

Goh Kaw Sze
Penyelia Penilaian dan Peperiksaan
PPG sri Aman
Sedino Tiat
SK Pantu
Teacher
Master Member
*

Fame: 67
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1203


"Gemilang"


« Reply #1 on: June 15, 2011, 09:52:48 PM »

Terima kasih dengan info yang diberikan.
« Last Edit: July 11, 2011, 07:40:07 PM by Sedino Tiat » Logged

Guru UPSR SC, S/U SAPS , S/U PBS, S/U LDP, KETUA PANITIA SAINS, GURU KELAB SAINS.
SK Pantu, Sri Aman.
Goh Kaw Sze
PPG Sri Aman
Moderator
Full Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 193



« Reply #2 on: June 22, 2011, 09:06:35 AM »

Mesyuarat Agung Tahunan ke-8 SarawakTeachers’ Union Bahagian Sri Aman telah diadakan pada 18 Jun 2011 di sebuah hotel, Sri Aman. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh lebih 50 orang dan dirasmikan oleh Naib Presiden Sarawak Teachers’ Union (Zon Selatan), Irie Ambau.  Dalam ucapan perasmiannya, Irie telah menegaskan kepentingan berkesatuan untuk menjamin kewibawaan profesion keguruan dan peranan kesatuan dalam membantu jabatan meningkatkan profesionalisme guru. Beliau menyeru lebih ramai guru muda menyertai kesatuan, supaya suara daripada akar umbi akan didengari.

Terdahulu, Pengerusi Sarawak Teachers’ Union Bahagian Sri Aman, Jee Lian Fah menyifatkan berkesatuan telah banyak membantu beliau dalam pembentukan profesionalisme sebagai seorang guru, bahkan menguruskan institusi pendidikan. Beliau yang telah mempimpin STU Sri Aman sejak tahun 1996 dan berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 35 tahun akan bersara wajib pada Ogos ini. Beliau berharap barisan pemimpin yang akan dipilih nanti akan terus sedia berkhidmat kepada ahli dan menggiatkan kesatuan.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, hadiah galakan akademik juga disampaikan kepada anak-anak ahli yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih 20 orang yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM telah menerima hadiah berupa wang tunai yang disampaikan oleh Irie Ambau.

Mesyuarat Agung telah membahaskan dan menerima 2 usul. Usul pertama ialah mendesak Kerajaan melaksanakan Skim Gaji Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dengan segera, sebaik-baiknya dalam Bajet 2012. Ini disebabkan oleh Penambahbaikan skim gaji secara berasingan (seperti pengumuman Hari Guru tahun ini) tidak dapat menyelesaikan masalah dan tidak memuaskan hati semua anggota perkhidmatan pelajaran, bahkan akan mewujudkan kekecohan dalam perkhidmatan pelajaran. Skim Gaji Bersepadu yang merupakan penambahbaikan menyeluruh diperlukan segera.

Usul kedua ialah mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan kampus Institut Peguruan (IPG) di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia akan datang. Sri Aman sebagai sebuah bahagian masih belum mempunyai pusat pendidikan tertiari (pasca menengah), penubuhan IPG akan mengisi kekosongan ini dan dijangka merangsang pembangunan setempat. Selain itu, dengan tertubuhnya sebuah lagi IPG di Sri Aman dijangka meringankan tugas latihan yang dikendalikan oleh 4 buah IPG sedia ada di Sarawak dan membolehkan lebih ramai anak tempatan berpeluang mendapat latihan perguruan.

Dalam Mesyuarat Agung ini juga, barisan Ahli Jawatankuasa STU Bahagian Sri Aman bagi penggal 2011-2013 telah dipilih, berikut ialah senarainya:

Pengerusi: Goh Kaw Sze
Naib Pengerusi: Andrew Bugie
Setiausaha: Kullin Djayang
Penolong Setiausaha: Voon Yik Kuan
Bendahari: Ng Boi Hoi
Penolong Bendahari: Helen Jack Sungul
Ahli Jawatankuasa: David Stephen, Bostami Amat, Bong Yu Wan
Ahli Jawatankuasa Co-opted: Huang Huat Leong, Maling anak Rimbau, Huriah Yatim
Ketua Perhubungan Daerah Sri Aman:   Thien Nge Kin
Ketua Perhubungan Daerah Lubok Antu: Uvang Melay
Juruaudit Dalaman: Ting Yien, Zuraida Robert
Ahli Jawatankuasa Pemilihan: Roslind Emeline Dundang, Jame Baya, Francis Tan, Goh Kau Hong, Jubin Hilton Muda
Ketua Wanita:   Jenny Yon ak Limban
Naib Ketua Wanita: Martha Junsam

Logged
Sedino Tiat
SK Pantu
Teacher
Master Member
*

Fame: 67
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1203


"Gemilang"


« Reply #3 on: June 25, 2011, 06:42:12 PM »

Quote
Mesyuarat Agung telah membahaskan dan menerima 2 usul. Usul pertama ialah mendesak Kerajaan melaksanakan Skim Gaji Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dengan segera, sebaik-baiknya dalam Bajet 2012. Ini disebabkan oleh Penambahbaikan skim gaji secara berasingan (seperti pengumuman Hari Guru tahun ini) tidak dapat menyelesaikan masalah dan tidak memuaskan hati semua anggota perkhidmatan pelajaran, bahkan akan mewujudkan kekecohan dalam perkhidmatan pelajaran. Skim Gaji Bersepadu yang merupakan penambahbaikan menyeluruh diperlukan segera.

Usul kedua ialah mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan kampus Institut Peguruan (IPG) di Sri Aman di bawah Rancangan Malaysia akan datang. Sri Aman sebagai sebuah bahagian masih belum mempunyai pusat pendidikan tertiari (pasca menengah), penubuhan IPG akan mengisi kekosongan ini dan dijangka merangsang pembangunan setempat. Selain itu, dengan tertubuhnya sebuah lagi IPG di Sri Aman dijangka meringankan tugas latihan yang dikendalikan oleh 4 buah IPG sedia ada di Sarawak dan membolehkan lebih ramai anak tempatan berpeluang mendapat latihan perguruan.

2 usul yang sangat disokong... Smiley Smiley Smiley
Logged
Kullin Djayang
SMK Engkelili
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 54



« Reply #4 on: July 09, 2011, 09:54:37 PM »

Kepada semua guru baru yang belum mendaftar sebagai ahli STU, dipohon untuk mendapatkan borang keahlian daripada Pengerusi STU SA, En. Goh Kaw Sze di PPD SA atau Setiausaha STU SA, En. Kullin Djayang, SMK Engkilili (083-563020).

Semakin ramai ahli  kita, semakin kuat suara kita memperjuangkan hak2 warga pendidik. Biarlah kita menyumbang demi kebaikan bersama dan elakkanlah budaya menumpang saja jika kita sbg guru. Berkorbanlah sedikit hanya(RM5. 00 sebulan) untuk kebaikan bersama. Di samping itu bnyak lagi kemudahan daripada pihak STU.

Harap maklum, terima kasih dan selamat bertugas.
Logged

Up! Up! Engkelili

UBK SMKE 09
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Online Online

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #5 on: July 11, 2011, 07:32:23 PM »

Mohon kepada STU President Cikgu William Gani Bin terlibat aktif dalam engkabang.net untuk menyebarkan maklumat dari masa ke semasa. Bagaimana nak menarik ramai ahli sedangkan website STU pun tidak di kemaskini. Ramai guru berminat, cuma cara penyampaian maklumat dan tindakan dari STU sendiri agak lambat. Patut menggunakan teknologi untuk merapatkan jurang geografi antara kita. Mohon cadangan ini dikemukan kepada beliau.
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Sedino Tiat
SK Pantu
Teacher
Master Member
*

Fame: 67
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1203


"Gemilang"


« Reply #6 on: July 11, 2011, 07:41:44 PM »

Quote
Mohon kepada STU President Cikgu William Gani Bin terlibat aktif dalam engkabang.net untuk menyebarkan maklumat dari masa ke semasa. Bagaimana nak menarik ramai ahli sedangkan website STU pun tidak di kemaskini. Ramai guru berminat, cuma cara penyampaian maklumat dan tindakan dari STU sendiri agak lambat. Patut menggunakan teknologi untuk merapatkan jurang geografi antara kita. Mohon cadangan ini dikemukan kepada beliau.

Amat setuju...
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21308
Latest: antiagingrvcKN
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 318
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 9
Guests: 257
Total: 266
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.112 seconds with 27 queries.