Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 25, 2012, 11:19:57 PM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Today at 10:51:56 PM]

[Today at 07:37:11 PM]

[Today at 05:41:21 PM]

[Today at 11:36:49 AM]

[Today at 11:07:06 AM]

[Yesterday at 11:56:50 PM]

[Yesterday at 10:23:08 PM]

[Yesterday at 08:34:38 PM]

[Yesterday at 05:51:30 PM]

[Yesterday at 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: PSKPP Mancing Udang 2011  (Read 303 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« on: June 20, 2011, 08:48:12 PM »

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN MEMANCING UDANG
PESTA PSKPP PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING KALI KE-31
TAHUN 2011

1.   MAKLUMAT AM PERTANDINGAN
1.1   Nama Pertandingan

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Memancing Udang Pesta Mini PSKPP Bahagian Kuching Tahun 2011.

1.2   Masa dan Tarikh Pertandingan

1.2.1       Tarikh   : 9 JULAI  2011
1.2.2      Masa      : 06.30am  – 2.30 pm
1.2.3      Tempoh   : 8 Jam
1.2.4      Tempat   :  Sungai Batang Kayan, Kampung Selampit, Jalan
                    Bau Lundu.
   
1.3   Kawasan Pertandingan
Kawasan Pertandingan Memancing Udang Pesta Mini PSKPP Bahagian Kuching 2011 adalah terhad di Sepanjang Sungai Batang kayan Kampung Selampit yang akan ditandakan dengan bendera oleh pihak penganjur sahaja.

1.4   Masa dan Tempat Pendaftaran
Pendaftaran peserta akan dilakukan di Hadapan Jety Kampung Selampit pada jam 06.30 pagi.9 JULAI 2011

1.5   Taklimat Kepada Pengurus Pasukan
Satu taklimat kepada Semua Pengurus Pasukan akan diadakan di  SMK Paku pada
7 JULAI  2011 jam 14.00 petang.

1.6   Pengadilan Pertandingan
Satu Pasukan Marshal akan dipertanggunjawab mengawasi peserta semasa pertandingan dijalankan. Manakala hasil tangkapan pula akan diadili oleh panel hakim yang dilantik oleh pihak penganjur pertandingan.

2.   PENYERTAAN
2.1   Borang penyertaan yang siap diisi hendaklah diserah balik kepada URUS SETIA dengan bayaran setiap pasukan sebanyak RM 100.00 .sebelum atau pada 30Jun 2011.
2.2   Hanya Borang pendaftaran lengkap berserta bayaran di anggap sah dalam penyertaan dan pendaftaran lewat tidak akan diterima.

3.   KESELAMATAN DAN PENGAWASAN
3.1   Keselamatan adalah tanggungjawab peserta sendiri. Semua peserta diwajibkan menghadiri taklimat keselamatan di Venue pertandingan sebelum pertandingan bermula.
3.2   Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang melibatkan kecederaan, kematian, atau kerosakan/kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan.
3.3   Peserta diwajibkan membawa dan memakai jaket keselamatan sepanjang waktu pertandingan dijalankan,
3.4   Aras keselamatan yang diguna pakai.  Pertandingan akan diberhentikan apabila berlaku sesuatu insiden yang boleh menyebabkan operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.
3.5   Pihak Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah venue pertandingan sekiranya keadaan cuaca buruk dan boleh membahayakan keselamatan para pemancing atau terdapat insiden-insiden yang dianggap boleh merbahayakan peserta pertandingan.
4.   PERATURAN DAN SYARAT AM PERTANDINGAN
4.1   Semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua peserta.
4.2   Mana-mana peserta yang didapati melanggar mana-mana peraturan pertandingan boleh dibatalkan oleh pihak penganjur.
4.3   Sebarang bantahan yang dikemukakan kepada jawatankuasa rayuan hendaklah disertaikan dengan wang deposit sebanyak RM250.00 dalam masa 30 minit selepas keputusan diumumkan dan pembayaran wang tersebut tidak akan dikembalikan.

4.4   Syarat-Syarat Utama
4.4.1   Semua peserta perlu mengisi Borang Penyertaan yang disediakan.
4.4.2   Kategori pertandingan ini adalah kategori INDIVIDU dan PASUKAN.
4.4.3   Pertandingan memancing ini adalah terbuka kepada semua Warga Penididikan yang bertugas di Negeri Sarawak sahaja.
4.4.4   Jumlah penyertaan adalah terbuka dan setiap daerah boleh menghantar sebanyak mana pasukan, setiap pasukan adalah terhad kepadai tiga orang sahaja ( termasuk simpanan). Setiap daerah boleh menghantar seramai mana pun peserta yang berminat.
4.4.5   Setiap peserta hanya dibenarkan membawa TIGA batang joran. Walaubagaimanapun, hanya joran dengan 1 mata kail udang sahaja dibenarkan untuk digunakan.
4.4.6   Semua keperluan untuk memancing seperti alatan memancing, umpan, sangkar udang, makanan, minuman, ubat-ubatan dan sebagainya hendaklah disediakan oleh para peserta sendiri.
4.4.7   Masa dan udang pertama kedua dan ketiga yang berjaya didaratkan oleh peserta hendaklah dicatat oleh peserta dan disahkan oleh ketua pasukan sepanjang masa pertandingan dalam borang yang akan disediakan kepada setiap peserta.
4.4.8   Penginapan dan pengangkutan ke venue serta semua kos adalah ditanggung oleh peserta sendiri. kos sewa bot/perahu semasa pertandingan akan ditanggung oleh pihak penganjur.
4.4.9   Setiap pasukan akan menggunakan sebuah bot/perahu melalui cabutan undi sebelum pertandingan bermula.
4.4.10   Engine sangkut tidak disediakan,setiap pasukan dibenarkan membawa engine sangkut mereka sendiri    atau menggunakan dayung untuk ke lokasi Pertandingan.
4.4.11   Engine sangkut yang dibenarkan tidak melebihi 5HP (kuasa kuda).
4.4.12   Hasil tangkapan akan dikembalikan kepada peserta setelah diadili.

4.5   Penentuan Pemenang
4.5.1   Pemenang adalah berdasarkan berat udang yang diperolehi mengikut dasar sistem yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
4.5.2   Kategori Individu akan ditentukan berdasarkan seekor udang yang paling berat yang diterima dalam masa pertandingan dan dihantar ke meja hakim pertandingan dan kategori kumpulan adalah berdasarkan berat keseluruhan hasil daripada setiap pasukan.
4.5.3   Hanya katergori Udang Galah sahaja yang akan dipertandingkan..
4.5.4   Jika masih terdapat persamaan, keputusan pemenang akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Kehakiman. Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD.




5.   ATUR CARA PERTANDINGAN

Aturcara:

Pendaftaran Peserta:  06.30 – 7.00 pagi di Jety Sungai Kayan Kampung Selampit
Taklimat Peserta : 07.10 pagi oleh pihak Penganjur
Pemeriksaan Bot dan alat mancing : 07.20 pagi oleh Marshal Pertandingan
Pertandingan Bermula : 07.30 pagi
Pertandingan Tamat :  14.30 petang
Penghakiman : 14.45 petang
Majlis Penyampaian Hadiah :  akan dibuat pada masa penutupan Majlis.


Semua hasil tangkapan yang hendak dipertandingkan hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia pertandingan di Jety Sungai Kayan Kampung Selampit pada atau sebelum jam 14.30 petang pada hari pertandingan. Tiada masa tambahan akan dibenarkan. Udang yang hendak dihantar hendaklah tidak kurang 50 gram dan ke atas (seekor)

6   HADIAH

   ACARA INDIVIDU
Tiga hadiah akan disediakan dalam bentuk piala dan hamper
6.1   Johan
6.2   Naib Johan
6.3   Tempat Ketiga

ACARA KUMPULAN
Berdasarkan jumlah berat terkumpul yang diperolehi oleh semua peserta dalam kumpulan. Satu hadiah sahaja akan diberi iaitu juara keseluruhan sahaja.   












Borang Penyertaan Pertandingan Memancing
Peringkat Bahagian Kuching 2011




Nama Pasukan : _______________________________ Daerah : ____________________

Nama pengurus : ___________________________________

Nama Ketua Pasukan : ____________________________________



Bil   Nama Peserta   Kad Pengenalan   Tempat Bertugas   Catatan
1   
         
2   
         
3   
         


Nama dan Tandatangan Pengurus


_________________________________

_________________________________

Tarikh : __________________________
Logged

Joseph (joransarawak)
SMK Lake Bau,
Sarawak
Guru Akademik Biasa
Lee Dawata Dahlan
SMK Kanowit
Teacher
Full Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 128


SMK Kanowit


« Reply #1 on: July 01, 2011, 05:54:36 PM »

thank you cikgu..kalau ada maklumat lain sila maklumkan..terima kasih.Smiley
Logged

SMK Kanowit
Lot 303, Jalan Kanowit-Durin
96700 Kanowit
Sibu, Sarawak
Tel : 084-752152  Fax: 084-753700
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21309
Latest: utetedritsborBS
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 318
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 7
Guests: 252
Total: 259
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.08 seconds with 23 queries.