Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 03:27:25 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Lambakan 13,000 guru Sains, Matematik  (Read 1812 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Alfred Brandah
SK Bulan Jeragam
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 139


Bujang Sebawing


« on: February 03, 2012, 08:44:06 AM »

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2012/02/03
Pendidik mula terima kesan kekurangan pelajar sehingga terpaksa mengajar subjek lain

TANJUNG MALIM: Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pelajaran perlu menghantar graduan ke universiti untuk dilatih kemahiran baru bagi mengelak berlaku pengangguran. “Kalau kita hantar mereka ke sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik sedangkan pelajar tidak berminat, keadaan itu tidak wajar,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Tan Sri Abi Musa Assari Mohamed Nor.

Mohamed Khaled mengulas taklimat Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang berkata, berlaku lambakan 13,000 graduan Sains dan Matematik seluruh negara yang dihantar ke universiti itu untuk latihan semula.

Turut menyumbang masalah ialah perubahan dasar persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Bagaimanapun, Zakaria berkata, masalah itu tidak berlaku di UPSI berikutan usahanya menawarkan subjek minor seperti Sejarah kepada pelajar jurusan Sains dan Matematik bagi mengelak berlaku pembaziran tenaga pengajar.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.

Mohamed Khaled pada amanat tahun barunya dilaporkan berkata, sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains menurun sehingga 29 peratus tahun ini.

Keadaan itu berterusan ke peringkat universiti, jika berlanjutan boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, pihaknya bangga UPSI muncul universiti pertama menubuhkan sekolah makmal yang menempatkan sekolah bermula prasekolah sehingga Tingkatan Enam Atas di kawasan universiti.

Katanya, ketika ini 70 murid berpeluang mengikuti sesi belajar peringkat prasekolah dan pengambilan pertama murid Tahun Satu bermula sesi pengajian tahun depan, membabitkan 50 murid yang dibahagikan kepada dua kelas.

Katanya, pelaksanaan sekolah makmal ini adalah secara berperingkat dan apabila dilaksanakan sepenuhnya kemasukan keseluruhan pelajar adalah 600 orang.

Logged

Alfred Brandah
Penolong Kanan Kurikulum
SK Bulan Jeragam
Dahlia Binti Ahmad
SK St. Jude
Teacher
Senior Member
*

Fame: 9
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 380



« Reply #1 on: February 03, 2012, 10:12:50 AM »

tq fot the good info Wink
Logged

Dahlia Binti Ahmad
Guru Pemulihan
SK St. Jude
Reduan Bin Kelinit
SK Sg Kut Tengah Dalat
Teacher
Junior Member
*

Fame: 36
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 88


EXPERIENCE is a good TEACHER......


« Reply #2 on: February 03, 2012, 10:23:15 AM »

terima kasih ke atas perkongsian....semoga semakan semula dibuat oleh pihak BPG
Logged

Reduan Bin Kelinit
PPPLD
SK Sg Kut Tengah Dalat

- Jangan anggap murid itu adalah murid kita,tetapi anggaplah kita adalah guru kepada murid kita.....
Edmund Anak Amis
SK Daha
Teacher
Full Member
*

Fame: 20
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 139


Strive for excellent


WWW
« Reply #3 on: February 03, 2012, 09:05:56 PM »

 Cry Cry
Logged

SK Daha
bAkA pErAu bEsAuM sEnGaYuh
bAkA rUmaH bEsAmBuNg pElAbUh....
 *Link Removed*
Noor Baizura binti Bahrum
SMK Batu Kawa
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 5



« Reply #4 on: February 03, 2012, 10:50:08 PM »

 Smiley good info...
Logged

SMK Batu Kawa
Jaafar Bin Zaini
SK St. Patrick
Teacher
Senior Member
*

Fame: 6
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 241



« Reply #5 on: February 04, 2012, 07:26:25 AM »

Terima kasih atas maklumat yang diberi.
Logged

Hj. Ja'afar bin Hj. Zaini
Penolong Kanan
SK St. Patrick, Mukah
Sedino Tiat
SK Pantu
Teacher
Master Member
*

Fame: 67
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1203


"Gemilang"


« Reply #6 on: February 04, 2012, 11:08:13 AM »

Berita yang menarik..
Logged

Guru UPSR SC, S/U SAPS , S/U PBS, S/U LDP, KETUA PANITIA SAINS, GURU KELAB SAINS.
SK Pantu, Sri Aman.
Alfred Brandah
SK Bulan Jeragam
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 139


Bujang Sebawing


« Reply #7 on: February 04, 2012, 12:10:41 PM »

satu lagi persoalan adakah agihan guru-guru di sekolah mengikut opsyen terutama di sekolah rendah ... dari pengalaman saya ada setengah2 sekolah dilambakkan dgn guru2 yg beropsyen BI, ini kerana selepas  penempatan pertama mereka akan memohon berpindah ke kawasan asal dan opsyen tidak diambil kira ... sebab itulah ada guru BI yang ajar BM, guru MT/SN ajar BM. kalau begitu eloklah BPG buat latihan guru seperti masa dulu iaitu secara am iaitu guru boleh ajar semua subjek, dan masalah lambakan guru ikut opsyen tidak akan berlaku.
Logged
Martin Frank Goel
SMK Datuk Haji Abdul Rahman (SEDAYA)
Teacher
Junior Member
*

Fame: 4
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 89



« Reply #8 on: February 04, 2012, 01:10:17 PM »

jangan kan guru....graduan Jururawat pun ramai yang tanam anggur sekarang. vacancy 1000...yang memohon ada 10000..  guru pun sama...memang banyak kosong...tapi opsyen ada masalah....  Grin
Logged

Guru Data dan Maklumat
Sabariah Bt Abang Wahab
SK Kg Senau
Teacher
Novice Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 40


takkan berhenti ......


« Reply #9 on: February 05, 2012, 11:07:25 AM »

satu lagi persoalan adakah agihan guru-guru di sekolah mengikut opsyen terutama di sekolah rendah ... dari pengalaman saya ada setengah2 sekolah dilambakkan dgn guru2 yg beropsyen BI, ini kerana selepas  penempatan pertama mereka akan memohon berpindah ke kawasan asal dan opsyen tidak diambil kira ... sebab itulah ada guru BI yang ajar BM, guru MT/SN ajar BM. kalau begitu eloklah BPG buat latihan guru seperti masa dulu iaitu secara am iaitu guru boleh ajar semua subjek, dan masalah lambakan guru ikut opsyen tidak

 Smiley agree with you, Sir. masalah sekolah saya pula kekurangan guru Bahasa Inggeris (Yg Opsyen). Dah hampir 12 Tahun saya kt sini namun hanya saya seorang guru opsyen BI. bknnya guru2 yg bkn opsyen tu tak tahu mengajar in fact they r excellent too tp 8least satu sekolah ada 2 or 3 guru opsyen yg sama, kan. dah beberapa kali request kt office n personally kt PPD namun hanya sekadar penantian yang mengecewakan. sekolah lain yg dah ada 3-4 org guru opsyen pula asyik mendapat pertambahan. Pelik, kan? tak tahulah prosedur yang mereka gunakan n berharap ianya diberi perhatian oleh pihak pejabat.   Cry
Logged

Sabariah Bt Abang Wahab
Guru


ada kemahuan, disitu ada jalan..... carilah ia dgn sabar  ; )
Safri Nazarene
SK Kpg Baru Samarahan
Teacher
Senior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 297


Terus Melangkah Tanpa Toleh Kebelakang.


« Reply #10 on: February 05, 2012, 11:34:31 AM »

satu lagi persoalan adakah agihan guru-guru di sekolah mengikut opsyen terutama di sekolah rendah ... dari pengalaman saya ada setengah2 sekolah dilambakkan dgn guru2 yg beropsyen BI, ini kerana selepas  penempatan pertama mereka akan memohon berpindah ke kawasan asal dan opsyen tidak diambil kira ... sebab itulah ada guru BI yang ajar BM, guru MT/SN ajar BM. kalau begitu eloklah BPG buat latihan guru seperti masa dulu iaitu secara am iaitu guru boleh ajar semua subjek, dan masalah lambakan guru ikut opsyen tidak akan berlaku.
betul itu cikgu Alfred,dahulu tidak ada opsyen macam sekarang. Sekarang ada yang opsyen BI disuruh mengajar BM, ada yang opsyen BM mengajar BI sebab pendidikan aliran inggeris semasa di sekolah dahulu....
Logged

Safri Nazarene
SK Kpg Baru Samarahan
Marzuki B Ali Mahamud
SK Kuala Kenyana
Teacher
Novice Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 13


Marz


« Reply #11 on: February 05, 2012, 04:51:32 PM »

satu lagi persoalan adakah agihan guru-guru di sekolah mengikut opsyen terutama di sekolah rendah ... dari pengalaman saya ada setengah2 sekolah dilambakkan dgn guru2 yg beropsyen BI, ini kerana selepas  penempatan pertama mereka akan memohon berpindah ke kawasan asal dan opsyen tidak diambil kira ... sebab itulah ada guru BI yang ajar BM, guru MT/SN ajar BM. kalau begitu eloklah BPG buat latihan guru seperti masa dulu iaitu secara am iaitu guru boleh ajar semua subjek, dan masalah lambakan guru ikut opsyen tidak akan berlaku.

Saya juga bersetuju dengan pendapat cikgu dalam hal ini, terutamanya kita di Sarawak dan Sabah. Perkara ini memang memeningkan kepala terutama kepada pihak pentadbiran sekolah untuk membuat perancangan. Macam mana nak menjadi sebuah sekolah berprestasi tinggi (harapan KPM), jika setiap perancangan yang di buat, selalu terganggu dengan masalah agihan guru. Itu baru satu perkara dan belum lagi perkara-perkara lain.
Logged

SK Mukah
Andrew Sirai ak. Benang
SK Penghulu Imban
Headmaster
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 118



« Reply #12 on: February 05, 2012, 11:22:29 PM »

Pada pendapat saya sepatutnya BPG/KPM bukan melihat ini sebagai lambakan guru.Bukankah BPG/KPM beri arahan  apabila guru ditempatkan disekolah,terpulang kepada pengurus sekolah untuk mengagihkan mp. Tambahan pula sekarang ini masih ada sekolah yang kekurangan guru bagi mp sn dan mat. Seterusnya,kalaulah guru berkenaan ditempatkan di sekolah,elok lagi bagi menambah ratio guru sekarang. Sekarang ini ratio 1.7 pun belum terisi lagi.Kalau ratio guru ini dapat dipenuhi,sekurangnya boleh menguruangkan beban guru. Sekarang ini ramai guru yang mengajar 25masa keatas dalam seminggu.
Logged

Andrew Sirai ak. Benang
Guru Besar
SK Penghulu Imban
Jamu Galeh
SK Ng. Lidong
Teacher
Junior Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 84


Kemari, Saritu & Pagila


« Reply #13 on: February 11, 2012, 09:57:04 PM »

Betulkah ia dikatakan lambakan....mengapa masih banyak sekolah yang tidak menerima agihan guru yang sepatutnya....misalnya di sekolah saya....hanya seorang saja yang memeliki opsyen matematik....Saya rasa ini adalah rentetan sejarah...sebab pernah suatu masa dulu timbul masalah kekurangan guru matematik & sains. Kalau dulu kurang, sekarang melambak......
Logged

Jamu Galeh
Guru
SK Nanga Lidong, Betong
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21315
Latest: ErolareetaHaxND
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 153
Total: 153
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.122 seconds with 24 queries.