Semua penyelaras GeMS di sekolah rendah dan sekolah menengah perlu merujuk kepada format pelaporan GeMS PPG masing-masing apabila membuat pelaporan. Sekiranya format pelaporan yang dihantar oleh PPG tidak dapat dibuka, hubungilah pegawai perhubungan PPG masing-masing untuk keterangan lanjut dan elakkan diri daripada menggunakan format yang lama untuk membuat laporan.
Mohon kerjasama semua penyelaras GeMS sekolah untuk memastikan data dan maklumat yang diberikan oleh guru dan staf lain betul, tepat dan sahih. Sebarang data yang bukan data sebenar akan menyulitkan pegawai perhubungan GeMS di peringkat PPDK, PPG dan JPN menggabung dan merumus data berkenaan.
Mohon kerjasama juga penyelaras GeMS (PIPP) sekolah agar memastikan setiap pelan tindakan yang telah disediakan dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin. Sokongan padu daripada pihak sekolah amat penting untuk merealisasikan hasrat kementerian Pelajaran Malaysia bagi mencapai setiap matlamat di bawah setiap Teras GeMS (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negeri) Sarawak.
Atas kerjasama tuan / puan selama ini saya bagi pihak Jabatan Pelajaran Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kerana turut membantu dalam menyediakan pelaporan GeMS (PIPP) untuk dikemukakan kepada Urus Setia KPM iaitu Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama merancang, melaksana, memantau dan melapor aktiviti GeMS dengan semangat sehati dan sejiwa di semua peringkat pendidikan negeri Sarawak.
Mr Law,
Saya percaya pihak sekolah akan sentiasa cuba menyediakan pelaporan GeMS dengan bersungguh2 dengan data yang betul dan sahih. Cuma pada pendapat saya pelaporan ini terlalu luas, dan apabila diprint out, banyak kertas serta toner yang diperlukan.
Adakah alternatif lain yang mana format pelaporan yang lebih mesra pengguna dicreate.

Saya sendiri terlibat dalam menyediakan pelaporan GeMS, dan mendapati ianya mengambil masa yang banyak untuk mengisi maklumat serta menyemak data yang dihantar ke sekolah.

Pada pendapat saya, pelaporan ini lebih sesuai disediakan menggunakan access, krn ia lebih mudah disemak, dibuat analisis dan lebih seragam dan kemas apabila diprint out untuk dipamerkan.
Itu adalah pendapat saya setelah terlibat dengan pelaporan GeMS sehingga kini.
