nak cuba...

Dalam era pensejatan dunia kini,
suri teladan sering kita amalkan sewaktu kecil semakin
berkurangan, Keadaan ini berlaku disebabkan kesan daripada proses pensejagatan yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian,
amalan budi bahasa perlu dipertahankan dalam kehidupan kini. Hal ini disebabkan budi bahasa ialah harta yang
berterusan, bak kata pepatah
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kelakuan yang baik mesti dilengkapi nilai-nilai rohani yang kita amalkan sejak kecil. Misalnya,
seseorang perlu menghormati orang tua, meminta izin untuk pergi ke mana-mana, meminta izin untuk memintas lalu dan bersapa mesra dengan orang tua.. Jadi, amalan berbudi bahasa perlu diambil perhatian dan dipupuk dalam kalangan masyarakat.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha mendidik dan menanamkan nilai-nilai berbudi bahasa, sesuai dengan kata-kata pujangga yang berbunyi ‘
kanak-kanak ibarat kain putih', terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya’. Oleh itu, Ibu bapa perlu menjadi
suri teladan untuk anak-anak mereka. Jadi, tidak hairanlah sesetengah berpendapat kelakuan anak-anak mereka mencerminkan tingkah laku orang tuanya, ‘
bagaimana acuan begitulah kuihnya’ yang jelas menggambarkan budaya tersebut.
Peranan
institusi sekolah sebagai wadah untuk menerapkan pengajaran nilai-nilai berbudi bahasa dalam kalangan muridnya. Aktiviti Bulan Berbudi Bahasa yang boleh diselang-seli dengan pelbagai peraduan yang dapat menyemarakkan nilai-nilai ini. Contohnya,
ceramah, kempen, pertandingan melukis poster yang dapat menguji kemahiran pelajar dan menyemarakkan amalan budi bahasa. Walau bagaimanapun, kempen yang bertema amalan berbudi bahasa perlu dijalankan secara
beterusan dan bukannya sekadar bulanan atau bermusim.
Media massa juga harus menggembleng tenaga untuk menyemarakkan nilai-nilai berbudi bahasa ini, khususnya kepada golongan remaja. Hal ini dapat dilakukan dengan menyelitkan iklan atau kempen berkenaan kepentingan berbudi bahasa, khususnya semasa waktu perdana atau kemuncak. Kebelakangan ini,
stesen tempatan telah diselitkan pelbagai paparan iklan yang menarik tentang amalan berbudi bahasa. Misalnya, pemandu yang cermat dan pengguna LRT jelas menyeru masyarakat mengamalkan amalan yang murni semasa menggunakan kemudahan awam.
Kesimpulannya, amalan berbudi bahasa perlu dipertahankan dalam kehidupan kita. Usaha- usaha yang
komprehensif dan efektif perlu diambil agar amalan berbudi bahasa dapat diamalkan dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak akan berjaya sekiranya langkah-langkah yang proaktif tidak dijalankan. Oleh itu, semua pihak harus
menggembleng tenaga dalam menyemarakkan nilai-nilai berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat agar amalan berbudi bahasa lesteri dalam kehidupan generasi akan datang.