Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 04:50:23 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: 1 [2]   Go Down
  Print  
Author Topic: Notebook PPSMI Vs Notebook Peribadi  (Read 2944 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #20 on: August 05, 2008, 06:17:37 PM »

Pada pandangan saya... Notebook PPSMI dan Peribadi, baik peribadi kerana kita boleh menentukan perkakasannya mengikut keperluan kita sendiri, contohnya apabila kita menggunakan notebook untuk menyediakan produksi multimedia, mungkin kita perlukan notebook yang "power" yang mana ciri-ciri ini tidak menonjol dalam Notebook PPSMI ( memanglah free, ada guarantee, windows ori) tapi kalau hilang (perlu ganti lebih mahal lagi ikut harga sewaktu di beli, bukan harga pasaran - PPSMI) atau rosak, kita juga yang kena uruskan sendiri berbanding laptop PPSMI boleh diselenggara oleh technician yang dilantik. Tetapi yang bestnya .. laptop sendiri tentu syok kerana harta sendiri walaupun nampak lama atau buruk ... yang penting laju....................... Roll Eyes
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Dylen De
SK Bintulu
Teacher
Hero Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2202


is in the games


« Reply #21 on: August 07, 2008, 10:59:51 PM »

Memang telah diperakui hak milik sendiri tiada kekangan untuk digunakan tapi kalau hak kerajaan heheheh e was was juga rasa kita nak gunakan bukan apa antivirus dah di control perisian juga kena control software juga takut nak bubuh sebarang... Cheesy
Logged

Dylen Dedo
SK Sg Duan Mukah
Marson Sullong
SK St Patrick
Teacher
Hero Member
*

Fame: 385
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2116


ביןמעדתש גרןכאקר כרםצ לבי-נקאםמע_לבי (וךו ךשטשר נ


« Reply #22 on: August 07, 2008, 11:05:41 PM »

Lebih baik pakai notebook sendiri, sampai bila nak pakai peralatan PPSMI tu, gaji dah naik, notebook pun dah murah... Lagi pun byk software dan utiliti kita boleh install. nanti dapat gelaran
GURU PPSMI BERSUBSIDI .....hahah Grin Grin. hampehhh betoiii..la
Logged

'קךבםצק אם קמעלשנשמעץמקא
Kuching לוביןמע
“Buah dikelala ari langgu, Bansa dikelala ari jaku, Basa dikelala ari penyiru"נושי גןלקךשךש שרן ךשמעעות נשמדש גןלקךשךש שרן חשלות נשמדש גןלקךשךש
Jerome Harry
PPD Sibu

Senior Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 407



« Reply #23 on: August 07, 2008, 11:42:40 PM »


Hai everybody....

Tujuan notebook di gunakan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris ialah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia , ialah untuk meningkatkan mutu dan memudahkan P&P guru kita. Pihak KPM telah menyediakan pelbagai kemudahan sebagai motivasi dan persediaan kepada guru kita. Selain daripada itu , kita harus berterima kasih kepada pihak Kerajaan kerana telah mengambil langkah yang drastik dan berani dengan perbelanjaan berbilion ringgit  dalam menyediakan peralatan dan CD-CD untuk P&P  serta memberi latihan-latihan kepada guru-guru kita yang telah membuka mata para pendidik kearah penggunaan teknologi ICT dalam pendidikan

Peralatan ini adalah hanya sebagai satu pinjaman oleh pihak KPM kepada guru-guru supaya tak perlu membeli peralatan ini. Jika hendak mempunyai atau memiliki Komputer riba sendiri , adalah terpulang kepada kemampuan individu.

Pada satu ketika dahulu , semasa kursus Asas ICT untuk Guru Besar , dan Penolong Kanan yang belum lagi mahir dalam penggunaan peralatan ini , ada sebilangan Guru Besar , PK telah membeli terus Laptop baru kerana minat dah timbul dalam diri mereka. Dan saya amat kagum dengan semangat mereka ini. Dan sekarang, kebanyakkan mereka telah dapat menggunakan Power Point untuk menyampaikan persembahan mereka. Ini adalah impak yang dapat kita lihat. Seeing is believing.....

So.... whether kita menggunakan Laptop PPSMI atau Peribadi , yang penting ialah adakah ianya digunakan dengan sebaiknya. Semasa Gerak Gempur Penggunaan Peralatan PPSMI , ( Laptop , LCD dan TC ) ,hasil tinjauan dan lawatan ke sekolah , kita dapati bahawa yang banyak menggunakan laptop ialah guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Jadi sebagai kesimpulan ,itulah satu surat garis panduan mengenai berapa kali seorang guru harus menggunakan laptop dalam seminggu dan direkodkan penggunaan. Sebab kita tak nak peralatan ini sebagai hiasan sahaja...

Kadangkala , ada perkara tak akan memuaskan hati semua kita, tapi kita harus akur dan pandai-pandailah menggunakkan kebijaksanaan yang sediada pada diri kita untuk mengatasi segala kerumitan dan masalah.

Just Sharing...........
Logged

Jerome Harry
Penyelia,
Sains,Matematik, Teknik/Vokasional
Unit Pengurusan Akademik
Pejabat Pelajaran Daerah Sibu.
Marson Sullong
SK St Patrick
Teacher
Hero Member
*

Fame: 385
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2116


ביןמעדתש גרןכאקר כרםצ לבי-נקאםמע_לבי (וךו ךשטשר נ


« Reply #24 on: August 07, 2008, 11:46:53 PM »

ya betul tu Cikgu Jerome..
Logged
Mohamed Zamri Bin Basir
Sektor Pendidikan Islam

Junior Member
*

Fame: 7
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 74


SPI


« Reply #25 on: August 08, 2008, 01:47:00 PM »

Salam sejahtera semua, saya rasa seronok forum cikgu-cikgu sekelian... namun saya juga rasa sedih kerana masih ada guru-guru kita di Kawasan Bandar yang masih tak tahu berkenaan dengan engkabang.net. Semasa saya membuat pemantauan peralatan PPSMI F6, bila ditanya garis panduan..katanya tak pernah tengok... bila saya tanya ada download dari engkabang.net ..... mereka bertanya APA ITU ENGKABANG.NET???. So berbalik dengan persoalan laptop PPSMI vs Laptop peribadi...secara peribadi saya menyokong beberapa pendapat cikgu berkenaan dengan penggunaan laptop ppsmi kerana dasar kerajaan adalah untuk menggalakkan dan memaksimakan penggunaan laptop tersebut di peringkat sekolah, cuma berlaku kekangan seperti antivirus out of date (Fasa 5 terutamanya) dan tidak boleh sebarang install. Tapi kalau nak install yang ada lesen no problem yang tak boleh ialah pirates. Walau bagaimana pun tak kira mana yg cikgu pakai diharapkan anak-anak didik kita dapat manfaatnya..amin...
Logged

Mohamed Zamri Bin Basir
Penolong Pengarah
Kurikulum Pendidikan Islam Teras (R)
dan Guru (R)
Low Chiek Yee
SJK Kwong Kok
JU ICT PraSekolah
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 87



« Reply #26 on: August 08, 2008, 02:00:34 PM »

jia semua guru ada notebook sendiri, kerajaan boleh save sikit untuk beli banyak projektor yang lebih bermutu... semua guru kongsi laptop memang menyusahkan, kerana perlu tunggu sampai giliran anda... bagaimana kalau sesampai giliran anda ia sudah rosak?? jadi, lebih baik kita ada notebook sendiri dan guna notebook sendiri. kan kerajaan kata tidak boleh install sebarang dalam notebook sekolah... kalau kita ada notebook sendiri, install apa saja yang kita rasa perlu dan tidak perlu fikir banyak lagi... kan??
Logged

Low Chiek Yee
SJK Kwong Kok
Sg. Salim
96000
Sibu
Tang Fah Ing
SJK Chung Hua
Teacher
Junior Member
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 84


UNIMAS


« Reply #27 on: August 08, 2008, 07:01:10 PM »

Saya pun setuju dengan cadangan semua guru harus mempunyai komputer riba sendiri (dengan subsidi kerajaan. Cheesy)
 Jika guru mempunyai komputer riba sendiri, bolehlah guru itu menggunakannya pada bila-bila masa untuk menyediakan ABM  P&P. Dengan ini juga, guru juga boleh menggunakan komputer riba sendiri untuk memuat turun bahan daripada internet untuk ABM. Komputer PPSMI tidak boleh digunakan untuk melayari internet dan juga tidak boleh digunakan untuk mencetak. (setahu saya)Grin
Logged

This is the best invention happening in our time...
Dzulkarnain
SMK Matu
Teacher
Full Member
*

Fame: 8
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 117


Fame: -999


WWW
« Reply #28 on: August 08, 2008, 07:37:03 PM »

Komputer PPSMI tidak boleh digunakan untuk melayari internet dan juga tidak boleh digunakan untuk mencetak. (setahu saya)Grin
sebenarnya bergantung kepada polisi sekolah bagaimana nak handle komputer ppsmi di sekolah mereka  Wink. lazimnya, komputer/laptop ppsmi boleh digunakan untuk melayari internet dan juga print bahan (asalkan driver printer ada)  Grin. yang tak boleh biasanya nak modified apa2 program yang memang ada (cth: antivirus, microsoft office) yang memang dah ada semasa laptop itu dihantar ke sekolah. dan juga tambah program2 lain yang mungkin boleh menyebabkan laptop bermasalah kemudian hari. jadi biasanya apabila laptop itu rosak, pihak penyelenggara mudah menyalahkan guru berkenaan install benda pelik2 dan menyebabkan laptop itu rosak (walaupun diketahui game yang simple tidak mungkin merosakkan laptop)  Lips sealed.

tentang engkabang.net, mungkin promosi secara besar-besaran perlu dilakukan. saya mengetahui engkabang.net dulu pun secara kebetulan sebab saya selalu surf2 internet untuk mencari ruang sembang2 guru malysia, website dan sebagainya. di sekolah luar bandar terutamanya, yang penggunaan internet di kalangan guru adalah agak rendah, memang kurang terdedah ataupun tidak mengetahui tentang kewujudan engkabang.net.

tentang subsidi tu, saya pun setuju gak Grin. tetapi dapat laptop free (walaupun milik kerajaan) pun elok gak. cuma kena pandai jaga disebabkan ia bukan milik kita. saya juga pengguna laptop ppsmi fasa 5, dan di sekolah saya masalah kerosakan laptop adalah perkara yang lazim. disebabkan takut dipersalahkan kerana mungkin laptop akan rosak, ramai cikgu membeli laptop sendiri dan memulangkan laptop ppsmi. jadi ada sesetengah laptop ppsmi yang masih berfungsi (termasuk mimos) di sekolah tetapi tidak digunakan, dan ada juga yang masih boleh berfungsi jika ada maintanence dari pihak kontraktor(disebabkan rosak harddisk). malangnya di pihak kami, kontraktor yang dilantik hanya datang untuk mintak sign sahaja, tanpa berbuat apa2 walapun aduan telah dilog  Undecided.
Logged

SMK Matu - Sekolahku di atas angin...Grin
Tenang-tenangkan hati~ Grin
Martin Dian
SMK Belaga

Veteran Member
*

Fame: 34
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 863



« Reply #29 on: August 10, 2008, 02:07:01 PM »

Saya pun setuju dengan cadangan semua guru harus mempunyai komputer riba sendiri (dengan subsidi kerajaan. Cheesy)
 Jika guru mempunyai komputer riba sendiri, bolehlah guru itu menggunakannya pada bila-bila masa untuk menyediakan ABM  P&P. Dengan ini juga, guru juga boleh menggunakan komputer riba sendiri untuk memuat turun bahan daripada internet untuk ABM. Komputer PPSMI tidak boleh digunakan untuk melayari internet dan juga tidak boleh digunakan untuk mencetak. (setahu saya)Grin

Masalah tak dapat connect ke Internet dan tak dapat print bukan disebabkan oleh laptop PPSMI atau kekangan yang dibuat ke atas laptop itu sendiri. Tetapi disebabkan oleh setting yang tak betul dan ketiadaan driver. Tanya guru yang in charge jaga laptop PPSMI. Dia sepatutnya tahu.
Logged

Martin Dian Anak Andrew Siddle   
SMK Belaga, Kapit
-Life is too short to be pissed all the time. So..... cheers!-
Rosie Tanis
SMK Menumbok, Sabah
Teacher
Senior Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 337


Sabah


« Reply #30 on: August 10, 2008, 06:09:22 PM »


Tentang engkabang.net, mungkin promosi secara besar-besaran perlu dilakukan. saya mengetahui engkabang.net dulu pun secara kebetulan sebab saya selalu surf2 internet untuk mencari ruang sembang2 guru malysia, website dan sebagainya. di sekolah luar bandar terutamanya, yang penggunaan internet di kalangan guru adalah agak rendah, memang kurang terdedah ataupun tidak mengetahui tentang kewujudan engkabang.net.


Saya pun setuju juga..Sama dengan Cg Dzulkarnain, saya pun terjumpa website ini secara kebetulan sewaktu surfing maklumat tentang PPSMI. Dengan adanya website seperti ini, guru-guru dan juga officer yang berkenaan dapat menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan efektif. Lagipun sekarang ini, hampir semua sekolah / guru mempunyai internet..tidak hairanlah kalau semua guru dapat berkongsi maklumat di engkabang..terutamanya guru yang dipendalaman..

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua member portal engkabang.net kerana membenarkan guru-guru dari negeri lain (terutamanya saya  Grin) untuk sama2 berkongsi ilmu disini..
Logged

Rosie Tanis
KK High School
"Giving the best of me"
Tennyson Renggie
SK Nanga Kua
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3



« Reply #31 on: October 15, 2008, 08:50:32 AM »

k la..saya setuju dengan pandangan en. Jerome....
Logged

SK Nanga Kua
Suzita Binti Bahri
SK Sg Kemena
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 151



« Reply #32 on: October 19, 2008, 09:17:03 PM »

salam

bagi sue, takut nak guna labtop kerajaan, harta kerajaan, kalau hilang, kene bayar balik dan black list. kalau harta sendiri, taklah risau.

sue dah install broadband dalam labtop PPSMI sek. itu pun sebab guru data kami nak melayari engkabang untuk masukkan e-cerap. tak salah kan.

kesian lah guru-guru bandar tak tahu kewujudan engkabang.net. kami guru pedalamn pun boleh tahu. bila pergi kursus, En. Jerome selalu ingatkan kami untuk mendaftar. terima kasih cikgu Jerome, bila dah mendaftar, hati terpaut terus pada engkabang.net ni. seronok berbincang dengan rakan guru.
Logged

SK Sg Kemena

Dalam mencari keberkatan, memerlukan banyak kecekalan
Lester Kalum
SK Lepong Ajai
Teacher
Super Member
*

Fame: 234
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 3069


最もよいのそこに、最もよいのそこにあった、最もよいのそこにあるある。


« Reply #33 on: October 21, 2008, 05:53:27 PM »

Pada pendapat saya laptop PPSMI dan perrsonal ada kelebihannya tersendiri. Dulu saya adalah salah seorang yg menggunakkannya tetapi kini say guna personal sebab saya nak freedom untuk install dan explore laptop saya. lagi pun saya teramat tidak suka dengan masalah antivirus yg timbul pada laptop PPSMI (sedihnya  Cry ) nak di uninstall...takboleh pulak....so sebab itu saya pilih untuk menggunakan laptop saya sendiri jak untuk buat kerja.
Logged

Have a nice day!
열등한 저와 흩뜨리지 말라
Edward ak Naga
SK Penghulu Imban

Senior Member
*

Fame: 5
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 212


Expect the Unexpected!


« Reply #34 on: October 24, 2008, 03:42:52 PM »

Adalah lebih mudah guna harta sendiri dar guna harta orang: Kalau hilang, jatuh sungai, atau rosak, tidak akan dikenakan potongan gaji. Maka lebih baik guna laptop sendiri.

Persoalannya: Jika semua guru guna laptop sendiri, siapalah yang akan guna laptop yang dibekalkan oleh kerajaan?Huh??
Logged

Edward ak Naga
PPP DG 41
ISM_IT (UNITEM)
SK Penghulu Imban, Selangau
Suzita Binti Bahri
SK Sg Kemena
Teacher
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Posts: 151



« Reply #35 on: October 24, 2008, 07:13:56 PM »

Rasanya, lebih bagus. kerajaan boleh jimatkan kos. bajet yang ada, boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan yang lain.

tapi, di sekolah sue, walau kebanyakan guru mempunyai labtop sendiri, labtop PPSMI masih laku seperti pisang goreng. malah, guru-guru yang mengendali data menggunakan sistem tertentu seperti data emis, smm dan lain-lain, memerlukan labtop sekolah supaya data tersebut tidak hilang dan mudah dicari jika guru yang mengendalikan data tersebut tiada di sekolah. lagi satu, LCD mudah di pasang di labtop PPSMI yang dibekalkan berbanding sesetengah labtop peribadi.
Logged
Azaman Hailee
PPG Kapit

Veteran Member
*

Fame: 11
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 529



« Reply #36 on: October 24, 2008, 07:25:43 PM »

Kita dah dengar banyak pendapat. Saya fikir kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangannya. yang penting kita guna kemudahan tersebut untuk mendidik pelajar kita.
Logged

Azaman Hailee
Penyelia
Unit Pengurusan Akademik
PPG Kapit
Huspizawati Bt Husain
SK Pendidikan Khas (P)
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 16


-kita pike lah sendiri-


« Reply #37 on: November 12, 2008, 06:10:10 PM »

Saya lebih suka gunakan lptop sendiri... lebih senang nak install apa-apa, lagipun dah biasa dgn lptop sendiri.. walaupun layak untuk gunakan lptop ppsmi, tpi bagi peluang kpd guru yg lain.. Grin Grin( tak pernah pkai lptop ppsmi la ).... Grin Grin besar tanggungjwb...

betul tu cikguuuuu  Cheesy
Logged

*PIzA*
SK Pendidikan Khas (P)
Sadun Matnor
SK Gita 2

Novice Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 42



« Reply #38 on: November 13, 2008, 09:39:00 PM »

saya dari dulu lagi suka pakai laptop sendiri kerana lebih selesa. Walaupun selalu memberi ceramah dan motivasi kepada pelajar, saya lebih selesa pakai laptop sendiri. Walau apapun, mana- mana pun sama asalkan niat kita satu iaitu menyampaikan ilmu.
Logged

SK Gita No.2
Jln Matang ,Kuching
Sarawak
Pages: 1 [2]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21318
Latest: burfxumrxuhDI
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 142
Total: 142
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.168 seconds with 23 queries.