Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 04:53:23 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: 1 [2]   Go Down
  Print  
Author Topic: syarat kelayakan bayar INSENTIF BISP yang sebenar DAN TERKINI??????  (Read 7748 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
sainfrancis
Guest
« Reply #20 on: June 29, 2009, 06:51:41 PM »

Setahu saya bayaran BISP diberi dengan tiga kelayakan:
1. Kelayakan opsyen - guru yang opsyen Bi secara automatik layak menerima BISP ( at least mengajar 14 waktu dalam seminggu )
2. Kelayakan subjek - guru yang mengajar subjek PPSMI ( berdasarkan waktu mengajar dalam seminggu sekurang-kurangnya 14 ( Maths) dan 6 ( science ) atau 10 ( SC + Maths )
3. Kelayakan .... ( tak ingat ) - dikira pengalaman mengajar subjek PPSMI ( Maths/Sc ) selama 3 tahun berturut-turut.. tak boleh ada break in between / putus ) Maknanya guru baru atau guru yang baru mengajar tak layak lagi.. boleh mohon selepas 3 tahun / tahun ke-4 , ambil kira waktu mengajar juga.

Saya berpendapat ada guru yang mengajar PPSMI tak diberi BISP kerana tidak cukup syarat terutama dari segi waktu mengajar terutama sekolah kecil.
Logged
Mohamad Rizuan Bin Sarbini
PPD Simunjan

Master Member
*

Fame: 39
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1186


smrizuan


WWW
« Reply #21 on: June 29, 2009, 07:19:28 PM »

Noted...thank you.
Logged

MOHAMAD RIZUAN BIN SARBINI
Ketua Unit
Unit Pengurusan Akademik
PPD SIMUNJAN
Crispin Tan Phong Leng
SMK Simanggang
Teacher
Full Member
*

Fame: 12
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 135



« Reply #22 on: June 29, 2009, 10:57:17 PM »

thanks mr. kong and the others
now i already clear about it Grin
Logged

Crispin Tan
SMK Simanggang

always smile
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #23 on: June 29, 2009, 11:01:04 PM »

Jika tidak silap saya, minimum 5 waktu layak mendapat BISP. Betulkan saya jika silap.
Logged

Kumaraveloo A/L Terpari @ Thirupathy
SMK Sri Aman, Sri Aman
Ketika sahabat menjadi seteru, ketika sahabat meninggalkan kita, ketika sahabat semakin menjauh,sedarlah ianya proses menuju kematangan
Robin Awal
SK Ng Ibau
Teacher
Senior Member
*

Fame: 15
Offline Offline

Posts: 237



WWW
« Reply #24 on: June 29, 2009, 11:07:08 PM »

Saya dah mengajar subjek PPSMI (Mathematics)berturut-turut sejak dari 2003 lagi.Selama itulah saya mendapat bayaran BISP.Namun pada tahun 2009 ini (tahun ke-7),saya dikatakan tidak layak mendapat BISP (padahal UPSR Mathematics last year dapat 100%).

Logged

Robin Awal
PK Kokurikulum
SK Ng Ibau
Eddy Muzaffar Hashim
SMK La Salle, Selangor
Teacher
Newbie
*

Fame: 0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 9



« Reply #25 on: January 19, 2012, 09:34:22 PM »

Saya dah mengajar subjek PPSMI (Mathematics)berturut-turut sejak dari 2003 lagi.Selama itulah saya mendapat bayaran BISP.Namun pada tahun 2009 ini (tahun ke-7),saya dikatakan tidak layak mendapat BISP (padahal UPSR Mathematics last year dapat 100%).


BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN SEKOLAH/PERKHIDMATAN dan 'masa free kerani'   Tongue
Logged

SMK La Salle, Selangor
Tay Chin Choo
SMK Sg Maong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 29



« Reply #26 on: February 04, 2012, 11:53:46 PM »

saya telah mengajar m/p major saya iaitu fizik selama lima tahun berturut-turut tetapi tak layak mendapat BISP selama ini atas sebab BI SPM dapat 7D... tetapi telah mengambil BI selama tiga semester dalam ijazah saya. Adakah saya kekal tak layak..... walaupun sebagai Ketua Panitia Fizik selaman ini dan berturut-turut 2 tahun mengajar semua tingkatan lima dan mencapai 100% lulus dalam SPM???
Logged

ctay
SMK Sg Maong
Kumaraveloo
SMK Sri Aman

Master Member
*

Fame: 191
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1965


Sekali ku rebah, sejuta kali ku bangkit...


WWW
« Reply #27 on: February 05, 2012, 12:39:13 AM »

saya telah mengajar m/p major saya iaitu fizik selama lima tahun berturut-turut tetapi tak layak mendapat BISP selama ini atas sebab BI SPM dapat 7D... tetapi telah mengambil BI selama tiga semester dalam ijazah saya. Adakah saya kekal tak layak..... walaupun sebagai Ketua Panitia Fizik selaman ini dan berturut-turut 2 tahun mengajar semua tingkatan lima dan mencapai 100% lulus dalam SPM???

Bagaimana dengan keputusan Etems anda? Anda sepatutnya sudah layak menerima BISP jika telah mengajar dalam Bahasa Inggeris dan keputusan SPM anda masa sekolah dulu boleh diperbaiki dengan mengambil Etems.... 
Logged
Tay Chin Choo
SMK Sg Maong
Teacher
Novice Member
*

Fame: 1
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 29



« Reply #28 on: February 07, 2012, 05:16:06 PM »

Bagaimana dengan keputusan Etems anda? Anda sepatutnya sudah layak menerima BISP jika telah mengajar dalam Bahasa Inggeris dan keputusan SPM anda masa sekolah dulu boleh diperbaiki dengan mengambil Etems.... 

Posting pertama saya pada tahun feb 2007. Setelah saya tahu akan program Etems....saya sudah terlambat untuk daftar pada tahun itu. Dan tahun-tahun seterusnya program Etems tidak ditawarkan lagi... Jadi saya langsung tiada perluang untuk mengikuti program Etems sehingga sekarang. Tahun 2009 Pragram PTP diadakan buat kali pertama, masa yang ditepatkan untuk menduduki ujian kebetulan pula adalah pada kursus BTN saya dan pegawainya tidak membenarkan kita keluar untuk menduduki ujian tersebut. Jadi saya terlepas perluang lagi. Sehingga sekarang saya masih meragui kelayakan saya untuk mendapatkan BISP.
Logged
Samuel Iwat
SK Long Naah
Headmaster
Full Member
*

Fame: 2
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 141


You Are What You Think


WWW
« Reply #29 on: March 11, 2012, 05:08:38 PM »

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2002

KELAYAKAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN

3.   Pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pendidikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan.  Syarat-syarat ini meliputi dua aspek iaitu kelayakan subjek dan kelayakan anggota terlibat. 

Kelayakan Subjek

4.   Dari aspek subjek, adalah ditetapkan bahawa anggota yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris boleh dipertimbang menikmati faedah ini.  Komponen subjek Sains dan Matematik adalah merangkumi semua subjek Sains Tulen, Teknikal dan Teknologi Maklumat.  Sehubungan itu, pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik mengikut peringkat persekolahan seperti berikut:

4.1   Pendidikan Rendah iaitu subjek Sains dan Matematik;

4.2   Pendidikan Menengah iaitu subjek Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan dan Teknologi Maklumat;

4.3   Pendidikan Lepas Menengah (Tingkatan 6) iaitu subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Pengkomputeran;

4.4   Program Matrikulasi iaitu subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik dan Sains Informatik; dan

4.5   Program Politeknik iaitu subjek Teknologi Maklumat, Teknologi Petroleum, Teknologi Makanan dan Reka Bentuk.

Kelayakan Anggota

5.   Dari aspek anggota, adalah ditetapkan bahawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pendidikan yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan mengajar subjek Bahasa Inggeris seperti kumpulan-kumpulan berikut layak dipertimbang untuk Bayaran Insentif Subjek Pendidikan:

5.1.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai opsyen subjek   Sains,  Matematik  dan   Bahasa   Inggeris  dan  mengajar  subjek  tersebut serta memenuhi syarat-syarat berikut:

a.   sekolah rendah           :   sekurang-kurangnya mengajar 20 waktu  seminggu.

b.   sekolah menengah   :   sekurang-kurangnya mengajar 15  waktu seminggu.
 

c.   mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris.

5.2.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang tidak mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris tetapi mengajar subjek tersebut dan memenuhi syarat-syarat berikut:

a.   telah mengajar subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya tiga (3) tahun secara berterusan;

b.   mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan; dan

c.   memenuhi syarat seperti di perenggan 5.1 (a) dan (b) di atas.
      
5.3.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di maktab perguruan, politeknik, kolej matrikulasi dan kolej komuniti dan memenuhi syarat-syarat  berikut:

a.   mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan mengajar subjek tersebut;  atau

b.   menggunakan kelayakan dalam bidang tersebut dalam tugas rasmi; dan

c.   mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris.

5.4.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang menyandang jawatan Pengetua Sekolah Menengah dan Guru Besar Sekolah Rendah dan memenuhi syarat-syarat  berikut:

a.   mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan mengajar subjek tersebut sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu; dan

b.   mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris.

5.5.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang menyandang jawatan Penolong Kanan dan Penyelia Petang di sekolah menengah dan sekolah rendah dan memenuhi syarat-syarat berikut:

a.   mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan mengajar subjek tersebut sekurang-kurangnya 6 waktu seminggu; dan

b.   mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris.

5.6.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan yang menggunakan kelayakan tersebut dalam tugas rasmi mereka dan memenuhi syarat-syarat berikut:

a.   mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris;


b.   mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris.

5.7.   Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah yang menggunakan kelayakan tersebut dalam tugas rasmi mereka dan memenuhi syarat-syarat berikut:

a.   mempunyai opsyen subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris;

b.   mencapai penguasaan bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kecuali bagi anggota yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris.
Logged

SK Long Naah
Pages: 1 [2]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21318
Latest: burfxumrxuhDI
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 145
Total: 145
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.186 seconds with 28 queries.