Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 05:01:09 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: cetak rompak: kesan dan langkah  (Read 4995 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« on: August 06, 2008, 10:50:53 PM »

ISU CETAK ROMPAK : KESAN DAN LANGKAH

Beberapa tahun kebelakangan ini, masalah cetak rompak menjadi semakin serius dan gawat melanda negara kita. Masalah ini seperti ‘duri dalam daging’. Pelbagai pihak seharusnya berganding bahu dalam membanteras masalah ini daripada terus menular di negara kita. Masalah cetak rompak ini mengundang kepada pelbagai kesan yang begitu ketara terhadap syarikat rakaman dan industri muzik negara kita. Masalah ini jika tidak dibendung, sudah tentu membawa kepada perkara yang lebih serius. Dengan  kata lain, masalah ini akan mendatangkan pelbagai kesan kepada industri muzik dan negara. Persoalannya,apakah cara- cara yang efektif dan drastik yang haruslah dilakukan untuk menangani masalah cetak rompak ini.

   Antara kesan yang dibawa oleh masalah cetak rompak kepada syarikat rakaman dan industri muzik ialah merugikan syarikat rakaman. Hal ini demikian kerana lanun-lanun cetak rompak lebih banyak mengaut keuntungan daripada hasil cakera padat yang ditiru dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding dengan harga cakera padat asli yang lebih mahal harganya. Apabila lanun-lanun cetak rompak menjual cakera padat dengan harga yang murah, maka cakera padat yang asli tidak akan laku di pasaran seterusnya syarikat rakaman tidak mendapat pulangan modal yang telah digunakan. Hal ini tidak ubah seperti ‘lintah darat’ yang mengaut keuntungan daripada orang lain yang menghasilkannya. Kesan ini menjelaskan betapa banyak kerugian yang ditanggung oleh syarikat rakaman dan industri muzik dalam berhadapan dengan masalah cetak rompak.

   Selain itu, syarikat rakaman dan industri muzik di negara ini turut terjejas publisitinya di mata dunia. Hal ini demikian kerana industri muzik kita tidak mempunyai kualiti untuk dikembangkan ke seluruh dunia ekoran masalah cetak rompak. Masalah cetak rompak yang semakin menular telah banyak mendedahkan masyarakat dalam negara ini dengan cakera padat yang tidak berkualiti. Perkara ini membawa kepada masalah kesukaran untuk mengembangkan muzik kita ke luar negara sedangkan masyarakat kita sendiri tidak mahu menyokong industri muzik, apatah lagi negara luar. Perkara ini menjelaskan bahawa kualiti industri muzik kita terjejas dengan adanya masalah cetak rompak di negara kita.

   Tiada penyakit yang tiada penawarnya. Begitu juga dengan masalah cetak rompak, setiap masalah dapat diselesaikan dengan pelbagai langkah yang pragmatik. Salah satu langkah atau cara untuk mengatasi masalah cetak rompak ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang berkaitan cetak rompak. Hal ini demikian kerana jika wujudnya undang-undang yang kuat, maka wujudlah hukuman yang berat, secara tidak langsung akan dapat menakutkan pesalah-pesalah. Perkara ini dapat membataskan kegiatan lanun cetak rompak kerana mereka takut akan undang-undang yang ketat dan dikuatkuasakan. Dengan terbatasnya kegiatan lanun cetak rompak, sudah tentu sesiapa yang ingin melakukan kegiatan ini akan berasa takut untuk melakukannya kerana terikat dengan undang-undang dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah cetak rompak. Dengan ini, jelaslah bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu cara untuk menangani gejala cetak rompak di negara kita.

   Cara seterusnya adalah melalui kerjasama pihak syarikat rakaman agar menurunkan harga bagi seunit cakera padat atau kaset kepada harga yang berpatutan. Hal ini demikian kerana tidak semua masyarakat mampu untuk membeli cakera padat terutamanya bagi harga yang berpuluhan ringgit seunit. Sekiranya syarikat rakaman menetapkan harga yang lebih rendah, tidak mustahil orang ramai akan memilih untuk membeli cakera padat yang asli.dengan penurunan harga cakera padat atau kaset. Saya percaya bahawa masyarakat akan membeli cakera padat atau kaset yang asli, seterusnya industri muzik di negara kita akan beroleh pulangan modal dan keuntungan yang sepatutnya. Jelaslah bahawa, dengan menurunkan harga seunit cakera padat atau kaset mampu sedikit sebanyak dalam membantu membendung masalah cetak rompak.

   Di samping itu, peranan masyarakat juga merupakan peranan yang terpenting dalam ‘melumpuhkan’ masalah cetak rompak. Hal ini demikian kerana masyarakat merupakan incividu yang menjadi punca wujudnya penjualan cakera padat bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mendengar muzik dengan lebih puas selain mendengar muzik melalui media-media elektronik. Oleh itu, masyarakat seharusnya menyokong untuk membeli cakera padat atau kaset yang asli dan bukannya membeli cakera padat setak rompak. Sesungguhnya, tanpa peranan masyarakat, sudah tentu apa-apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan syarikat rakaman tidak akan tercapai. Masyarakat janganlah menjadi ‘mata kotak’ yang tidak tahu membezakan yang buruk atau baik. Oleh itu, masyarakat disarankan supaya tidak  menyokong untuk membeli cakera padat cetak rompak.

   Berdasarkan huraian di atas, dapat disimpulkan bahawa masalah cetak rompak seharusnya jangan kita inginkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ kerana masalah ini dapat mengundang kepada pelbagai perkara yang tidak baik malah menjadi ‘barah’ dalam industri muzik tanah air. Pelbagai pihak janganlah hanya mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah cetak rompak ini, tetapi hendaklah melakukannya dengan sebaik yang mungkin. Usaha daripada semua pihak amatlah diperlukan bukan sahaja untuk mengatasi masalah cetak rompak, malah untuk menjadikannya ‘sifar’ cetak rompak. Semua pihak adalah diharapkan agar bersama-sama atau bagai aur dengan tebing dalam usaha membanteras masalah cetak rompak yang semakin menular di negara kita. Oleh yang demikian, saya berharap agar semua pihak menyedari bahawa masalah cetak rompak ini akan terus melanda negara kita sekiranya tidak terus ditangani dari akar umbi. Jadikanlah industri muzik kita sebagai industri muzik yang ‘bersih’ daripada masalah cetak rompak. ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.

Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Joseph Huo
SMK Lake

Master Member
*

Fame: 106
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 1697


SMK Lake, 94000 Bau Sarawak


« Reply #1 on: August 06, 2008, 10:57:19 PM »

apa kata jangan buat album untuk pasaran. hanya dengar melalui corong radio dan TV sahaja. tiada CD, VCD dan DVD tidaklah ada orang cetak rompak.atau kena dengar dalam konsert secara live sahaja dengan kenakan tiket. bolehkah? Grin Grin
Logged

Joseph (joransarawak)
SMK Lake Bau,
Sarawak
Guru Akademik Biasa
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« Reply #2 on: August 08, 2008, 08:06:32 AM »

buat piring hitam la maksud ckg ni?
susah la orang nak dgr kalau tak ada CD atau VCD sebab kadang2 kita dgr radio nanti lagu yang kita tak minat DJ putarkan. hahahahhaa
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21318
Latest: burfxumrxuhDI
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 148
Total: 148
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.918 seconds with 27 queries.