Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 05:01:23 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: sajak "Duhai Pentafsir"  (Read 701 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« on: August 06, 2008, 11:12:10 PM »

SAJAK “DUHAI PENTAFSIR”
Oleh Zurinah Hassan

CONTOH SOALAN

SET 1
i.   Mengapakah kehidupan penyajak dilanda keresahan? (3m)
-   penyajak belum memperoleh apa-apa yang dicarinya
-   usia penyajak sudah lanjut
-   penyajak menginsafi akan kekurangan dirinya
ii.   Apakah nasihat yang dapat anda berikan kepada penyajak agar dia beroleh apa yang dicarinya? (3m)
-   menasihatinya supaya selalu berdoa kepada Tuhan
-   menghadiri majlis-majlis agama yang diadakan di masjid atau di surau yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.
-   berguru dengan orang yang mahir dalam ilmu agama sebagai bekalan hidup pada masa tua.
iii.   Huraikan tema sajak di atas. (3m)
-   tema tentang seorang yang tidak mempunyai arah tujuan dalam kehidupan lantaran kesilapan masa silamnya dan kini penyajak mula mencari erti kehidupan yang sebenarnya.

SET 2
i.   Apakah yang menyebabkan penyajak begitu resah? (3m)
-   kehausan ilmu agama
-   teringin untuk membaca dan memahami kandungan kitab suci
-   tidak puas hati akan ilmu agama yang ada padanya.
ii.   Pada pendapat anda, bagaimanakah manusia dapat mengelakkan diri daripada melalui penderitaan atau tekanan seperti yang sedang dihadapi oleh “Aku” dalam sajak itu? (3m)
-   harus beribadat sejak kecil
-   meluangkan masa untuk mendengar khutbah ulama
-   mengikis anggapan bahawa boleh beramal setelah tua
iii.   Huraikan tiga nilai “Aku” yang dapat kita jadikan contoh. (3m)
-   Cinta akan agama .
Contohnya ,penyajak berusaha untuk mendampingi Allah s.w.t atau mencintai agamanya
-   Keinsafan.
Contohnya,penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah di lakukannya dan berazam mahu mengatasi segala kelemahan itu serta berharap akan mendapat hidayah-Nya .
-   Rasional.
Contohnya, berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan.


SET 3
i.   Terangkan maksud “racun keresahan telah membunuh lenaku” seperti yang digunakan dalam bait sajak di atas. (2m)
-   perasaan gelisah yang amat sangat dapat merosakkan kenangan hidup / tidurku
ii.   Mengapakah manusia biasanya mulai insaf akan perbuatannya pada masa lalu apabila usia semakin tua? Berikan pandangan anda. (3m)
-   apabila semakin tua, manusia semakin matang – dapat menilai sesuatu yang baik dan buruk
-   pada usia tua manusia akan berasa lemah/kurang bertenaga – menyedari kelemahan diri dan kekuasaan Tuhan
-   sewaktu muda manusia sibuk bekerja/mendidik anak-anak sehingga tidak berpeluang bermuhasabah diri
-   waktu tua ada kelapangan masa kerana sudah bersara dan anak-anak sudah dewasa
-   sifat fizikal sudah berubah seperti sakit, botak, tiada gigi hingga berasa bahawa hari kematian makin hampir.
iii.   Huraikan bentuk sajak tersebut? (4m)
-   lima rangkap
-   bilangan baris dalam rangkap tidak sama / berbeza
-   jumlah patah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama – 2-4 patah perkataan
-   jumlah suku kata juga berbeza-beza dalam satu baris- 6 – 18 suku kata
-   rima akhir yang bebas / tidak sama/ tidak terikat

SET 4

i.   Terangkan maksud baris “musim telah terlalu tua, kaca jendela menjadi kelabu, dan aku telah terlalu lesu”. (3m)
-   usia yang telah lanjut, penglihatan sudah kabur, dan badan sudah lemah tidak bertenaga.
ii.   Pada pendapat anda, mengapakah kebiasaannya manusia mulai insaf apabila usia semakin tua? (3m)
-   apabila semakin tua, manusia semakin matang – dapat menilai sesuatu yang baik dan buruk
-   pada usia tua manusia akan berasa lemah/kurang bertenaga – menyedari kelemahan diri dan kekuasaan Tuhan
-   sewaktu muda manusia sibuk bekerja/mendidik anak-anak sehingga tidak berpeluang bermuhasabah diri
-   waktu tua ada kelapangan masa kerana sudah bersara dan anak-anak sudah dewasa
-   sifat fizikal sudah berubah seperti sakit, botak, tiada gigi hingga berasa bahawa hari kematian makin hampir.
iii.   Nyatakan tiga pengajaran dalam puisi di atas. (3m)
-   Kita hendaklah menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan .
-   Kita hendaklah mempelajari ilmu agama sejak kecil lagi supaya dapat mengamalkannya atau menjadi panduan hidup sepanjang hayat.
-   Kita mestilah berusaha mengukuhkan semangat dan iman untuk melawan gejala negatif.
-   Kita mestilah mencari orang yang pakar dalam bidang agama untuk membantu kita kembali ke jalan yang benar.


DUHAI PENTAFSIR

MAKSUD
- Penyajak mencari pentafsir (pembimbing) yang dapat memimpinnya ke jalan yang benar
- Setelah penyajak semakin tua, dia mula insaf dan menyedari segala segala kesilapannya. Dia teringat segala dosa-dosa yang telah dilakukan semasa muda. Dia ingin bertaubat tetapi tidak tahu cara-caranya dan belum menemui hidayah.
Oleh sebab itu , kehidupannya penuh keresahan.
- Dia melakukan kesilapan kerana tidak mendapat pendidikan agama yang cukup sejak kecil.
- Penyajak sedar akan keadaan dirinya yang semakin tua dan kekuatan fizikalnya yang semakin berkurangan. Dia berasa masa semakin suntuk, menyebabkan dia berusaha untuk mencari pembimbing secepat mungkin.

TEMA
- Orang yang kehilangan arah atau mencari hidayah setelah lama menikmati kehidupan di dunia ini

PERSOALAN
1. Penyesalan terhadap kesilapan yang pernah dilakukan .
2. Pentingnya ilmu agama dalam menjalani kehidupan di dunia .
3. Kesedaran untuk medekati Allah s.w.t setelah menyedari kejahilan diri dan insaf.

BENTUK
1. Terdiri daripada 5 rangkap .
2. 5 sehingga 9 baris serangkap .
3. 2 hingga 6 patah kata sebaris .
4. 6 hingga 18 suku kata sebaris.

GAYA BAHASA
1. Asonansi.
Contohnya; dan aku telah terlalu lesu (pengulangan vokal ?a?)
2. Aliterasi.
Contohnya di samping pusara mu yang sepi (pengulangan konsonan ?p?)
3. Pengulangan kata .
Contohnya; pentafsir sebenarnya telah lama ku cari pentafsir musim telah terlalu tua
4. Inversi.
Contohnya; dengan lusuh catatan mu (sepatutnya dengan catatan mu yang lusuh)
5. Metafora.
Contohnya ; racun keresahan lautan nota-nota mu
6. Sinkof.
Contohnya; suaramu yang sarat .
7. Personafikasi.
Contohnya ;angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku

NILAI
1. Cinta akan agama .
Contohnya ,penyajak berusaha untuk mendampingi Allah s.w. atau mencintai agamanya
2. Keinsafan.
Contohnya,penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah di lakukannya dan berazam mahu mengatasi segala kelemahan itu serta berharap akan mendapat hidayahNya .
3. Rasional.
Contohnya, berfikiran terbuka dan berusaha meningkatkan keimanan.

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menginsafi segala kesilapan yang pernah kita lakukan .
2. Kita hendaklah mempelajari ilmu agama sejak kecil lagi supaya dapat mengamalkannya atau menjadi penduan hidup sepanjang hayat.
3. Kita mestilah berusaha mengukuhkan semangat dan iman untuk melawan gejala negatif.
4. Kita mestilah mencari orang yang pakar dalam bidang agama untuk membantu kita kembali ke jalan yang benar.

Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21318
Latest: burfxumrxuhDI
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 149
Total: 149
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 0.847 seconds with 27 queries.