Home   Forum   Help Search Calendar Links Login Register   **
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?
May 26, 2012, 05:02:06 AM

Login with username, password and session length
Program
EduWebTVLatih TubiLINUSManaging Challenging SchoolsGerakan Memperkasakan SekolahLDPICTL SMICTL SRMalaysian Grid for Learning (MyGfL)ProtimPPSMISIP
Recent
[Yesterday at 10:51:56 PM]

[Yesterday at 07:37:11 PM]

[Yesterday at 05:41:21 PM]

[Yesterday at 11:36:49 AM]

[Yesterday at 11:07:06 AM]

[May 24, 2012, 11:56:50 PM]

[May 24, 2012, 10:23:08 PM]

[May 24, 2012, 08:34:38 PM]

[May 24, 2012, 05:51:30 PM]

[May 24, 2012, 11:53:44 AM]
 

Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: permainan tradisional semakin dipinggirkan  (Read 3236 times)
0 Members and 2 Guests are viewing this topic.
Hasiah binti Pukim
SMK Rosli Dhoby
Teacher
Full Member
*

Fame: 3
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 177


hasiahpukim smkrd sibu


« on: August 06, 2008, 11:14:59 PM »

   Belakangan ini, isu permainan tradisional semakin terpinggir dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya anak muda bukanlah perkara baru atau sensasi dalam hidup kita. Negara Malaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya terutamanya permainan tradisional sejak awal lagi. Permainan tradisional amatlah digemari oleh masyarakat lampau yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai dan budaya tempatan. Namun, permainan tradisional telah semakin dilupai sejurus dengan perkembangan sains dan teknologi. Persolannya di sini apakah faktor-faktor yang menyebabkan permainan tradisional semakin dilupai? Selain itu, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan dalam usaha menyelamatkan permainan dan budaya tradisional yang diwarisi secara turun temurun daripada lenyap? Tepuk dada, tanya selera.
   
   Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh budaya barat merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan permainan tradisional kurang diminati dalam kalangan masyarakat tempatan. Negara barat yang maju memperluas permainan yang canggih, menarik, istimewa dan penuh cabaran berbanding dengan permainan tradisional. Tambahan pula, permainan canggih ini disebarkan secara meluas melalui media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Biar kita ambil contoh yang paling ketara iaitu permainan komputer, “play station 2”, playstation 3” “Gameboy advance”, “Xbox 360” telah melambak di pasaran tempatan dengan begitu pesat. Tambahan pula, dengan perkembangan perkhidmatan Internet, maka munculnya permainan “on-line” yang juga menjadi kegemaran ramai. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa pengaruh budaya barat memang banyak mempengaruhi permainan tradisional di Malaysia.
   
   Di samping itu, permainan tradisional yang kurang disebarkan atau tidak mendapat liputan yang meluas juga merupakan salah satu faktornya. Permainan-permainan tradisional seperti wau, gasing, congkak, batu seremban, galah panjang, dan juga ting-ting hanya dimainkan dalam generasi tua atau penduduk di kawasan pedalaman. Permainan layang-layang atau wau pula hanya dimainkan sempena perayaan tertentu semata-mata untuk pertunjukan sahaja. Selain itu, generasi muda sekarang tidak berminat dalam permainan tradisional disebabkan kekurangan kesabaran. Permainan tradisional memerlukan kesabaran, ketelitian dan pemikiran yang tinggi lagi tangkas. Sikap-sikap remaja sekarang yang kononnya ingin mengikut perkembangan semasa atau trend-trend maju juga antara faktornya. Justeru, memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap rakyat sendiri dan juga kekurangan inisiatif untuk menyebarkan permainan tradisional menyebabkan permainan tradisional semakin terpinggir.
   
   Oleh itu, pelbagai langkah harus dilaksanakan supaya permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun dan amat berharga ini tidak disingkirkan oleh komuniti yang moden sekarang. Tiada penyakit yang tiada penawarnya. Pertama sekali kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyelamatkan permainan tradisional kita. Pendedahan kepada budaya dan warisan permainan tradisional haruslah dilakukan sejak di bangku sekolah lagi. Teori-teori dan asal-usul permainan tradisional harus diajar kepada pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh,kerajaan boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional secara besar-besaran untuk mendorong semua lapisan masyakarat menceburkan diri dalam permainan tradisional. Kempen-kempen dan pameran berkaitan dengan permainan tradisional juga boleh diadakan untuk mempromosikan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat moden sekarang. Justeru, terbuktilah bahawa kerajaan berperanan penting dalam usaha menyelamatkan tradisi dan warisan permainan tradisional kita.
   
   Tambahan pula, masalah yang serius ini juga dapat diatasi dengan cara mengkormersialkan permainan tradisional. Langkah ini juga dapat ditingkatkan dengan bantuan media massa sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Permainan moden dan canggih sekarang yang mudah didapati di pasaran dan pusat-pusat hiburan merupakan faktor perdana yang mengambil hati masyarakat tempatan khususnya remaja masa ini. Dalam konteks ini, permainan tradisional juga boleh mengambil tempat di hati kalangan masyarakat jika permainan tradisional boleh disediakan di pusat-pusat hiburan atau dijual besar-besaran di kedai-kedai hiburan. Selain itu, permainan video berasaskan permainan tradisional juga boleh diusahakan bagi meningkatkan minat masyarakat terhadap permainan tradisional yang penuh cabaran ini. Pendek kata, usaha mengkormersialkan permainan tradisional dapat mengatasi masalah ini secara tidak langsung.
   
   Berdasarkan isi-isi yang diutarakan, memang tidak dapat disangkal bahawa permainan tradisonal dapat mengekalkan budaya dan warisan tempatan. Oleh itu, saya berharap agar fenomena permainan tradisional yang kian dilupakan dalam kalangan masyarakat dapat diatasi. Kerajaan dan masyarakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memastikan permainan tradisional dapat diwarisi. Biar mati anak, jangan mati adat merupakan antara peribahasa Melayu yang paling sesuai dalam konteks ini. 
Logged

SMK Rosli Dhoby

bukan senang nak senang, tidak susah nak susah
Abd Rahman
SK Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan
Teacher
Hero Member
*

Fame: 199
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 2588



« Reply #1 on: January 11, 2009, 10:22:55 AM »

Memang permainan tradisional sekarang semakin dilupakan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai permainan video yang memaparkan grafik yang begitu menarik dan seolah-olah hidup menyebabkan permainan vodeo ini semakin diminati dan permainan tradisional semakin terpinggir.
Logged
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Members
Total Members: 21318
Latest: burfxumrxuhDI
Stats
Total Posts: 254491
Total Topics: 21169
Online Today: 230
Online Ever: 718
(May 16, 2012, 08:58:21 PM)
Users Online
Users: 0
Guests: 149
Total: 149
PIPPBahagian Pembangunan Kurikulume-Paymente-Hasil
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.16 | SMF © 2011, Simple Machines | Sitemap Valid XHTML 1.0! Valid CSS!
Page created in 1.659 seconds with 24 queries.