PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
SESI JULAI 2008
1
Cara Memohon
Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2008 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web
www.politeknik.edu.my mulai 18 Febuari 2008 (Isnin).
Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di mana-mana kaunter atau Mesin ATM *Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja) mulai 18 Febuari 2008 (Isnin).
Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit.
Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2008 dan Sesi Januari 2009 sahaja.
Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa.
NOTA:
Panduan Penggunaan Mesin ATM BSN.
Nombor PIN ini juga boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Kolej Komuniti KPT.
Pemohon hendaklah mencetak butiran permohonan. Pindaan butiran boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Khas KPM, di alamat :
Timbalan Ketua Pengarah,
Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88849190
Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Jabatan Pendidikan Khas mulai *02 Mac 2008.
2
Tarikh tutup
Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2008 ditutup pada 17 April 2008 (Khamis).
3
Status keputusan Permohonan Kursus Diploma Penyenggaraan Pesawat
Calon-calon yang disenarai pendek untuk mengikuti Ujian Bertulis akan diumumkan keputusannya pada 24 April 2008 (Khamis) melalui laman web ini.
Calon-calon yang disenarai pendek untuk menghadiri Sesi Temuduga akan diumumkan keputusannya pada 07 Mei 2008 (Rabu) melalui laman web ini.
Calon-calon yang berjaya ditawarkan kursus DAM akan diumumkan keputusannya pada 05 Jun 2008 (Khamis).
Permohonan SELAIN Kursus Penyenggaraan Pesawat
Keputusan permohonan boleh disemak mulai 12 Mei 2008 (Isnin) melalui kaedah berikut:
- Laman web ini,
http://www.politeknik.edu.my.
Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Politeknik KPT MESTILAH mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web ini. Arahan selanjutnya yang perlu calon lakukan terdapat dalam surat tersebut.
Surat Tawaran Rasmi hanya akan diPOSkan kepada calon setelah pihak politeknik menerima Borang Jawapan Tawaran bersama-sama dengan salinan dokumen yang diperlukan.
NOTA:
Permohonan bagi lulusan SPM atau setaraf yang tidak berjaya bagi kemasukan Sesi Julai 2008 akan diproses semula untuk kemasukan Sesi Januari 2009. Keputusannya boleh disemak mulai 22 Ogos 2008 (Jumaat).
4
Tarikh Pendaftaran
Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2008 akan mendaftar pada tarikh-tarikh berikut:
i) 7 Julai 2008 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu)
ii) 8 Julai 2008 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad)
5
Rayuan
Jika status keputusan permohonan anda tidak berjaya dan ingin membuat rayuan, tempoh rayuan ialah selama 10 hari mulai 12 Mei 2008 (Isnin).
Rayuan MESTI dibuat secara on-line melalui laman web ini dan ianya hanya akan diproses sekiranya ada kekosongan.
6
Percanggahan Maklumat
Sebarang percanggahan maklumat dengan dokumen asal akan mengakibatkan tawaran kemasukkan anda ditarik balik atau pengajian anda semasa di politeknik ditamatkan.